Utusan Borneo (Sabah)

AS dakwa penggodam rakyat China

Kerana menggodam sistem komputer milik syarikat dan agensi kerajaan di 12 negara

-

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) telah mendakwa dua lelaki China yang menurutnya menggodam sistem komputer milik syarikat dan agensi kerajaan di 12 negara, dalam apa yang disebut oleh Washington sebagai kempen pengintipa­n siber yang meluas dan disokong oleh kerajaan.

NASA dan Tentera Laut AS adalah antara mereka yang didakwa disasari dalam satu program yang menurut Jabatan Keadilan AS turut menyerang sebuah bank besar, syarikat telekom dan penyedia penjagaan kesihatan di 12 negara.

Tuduhan itu mengundang reaksi yang berang dari Beijing, yang menuduh Washington “mengada-adakan fakta”.

Timbalan Peguam Negara Rod Rosenstein berkata China sudah berulang kali memungkiri janji Presiden Xi Jinping pada 2015 untuk menghentik­an serangan siber ke atas infrastruk­tur komersil dan syarikat AS.

“Ia tidak dapat diterima bahawa kita masih membongkar jenayah siber yang dilakukan oleh China ke atas negara lain,” katanya.

“Kami mahu China menghentik­an aktiviti siber yang menyalahi undangunda­ng dan menghormat­i komitmen kepada masyarakat antarabang­sa.

“Namun bukti membayangk­an China mungkin tidak berhasrat untuk menunaikan janjinya.”

Sekutu AS Britain juga menyertai tuduhan itu, dan Setiausaha Luar Jeremy Hunt berkata Beijing terus menggodam sistem komputer untuk motif komersil dan ekonomi.

Aktiviti ini mesti dihentikan. Ia bertentang­an dengan komitmen yang dibuat kepada UK pada 2015, dan, sebagai anggota G20, untuk tidak menjalanka­n atau menyokong kecurian harta intelek atau rahsia dagangan dengan bantuan siber,” katanya.

Pegawai Amerika berkata bukti menunjukka­n penggodam telah menyasari Penyedia Khidmat Terurus (MSP) – firma pakar yang membantu syarikat mengurus sistem teknologi maklumat mereka – yang berpotensi untuk memberikan mereka akses kepada rangkaian komputer puluhan syarikat.

Firma individu tidak disebut nama dalam pendakwaan itu, tetapi 45 mangsa di AS terma-suk agensi kerajaan – Makmal Propulsi Jet dan Pusat Penerbanga­n Angkasa Goddard milik NASA, Makmal Nasional Lawrence Berkeley di Jabatan Tenaga, dan Tentera Laut AS, dari mana maklumat peribadi lebih 100,000 kakitangan telah dicuri.

Pada peringkat antarabang­sa, penggodam didakwa memecah masuk ke dalam komputer sebuah bank besar, tiga syarikat telekomuni­kasi atau elektronik pengguna, firma penjagaan kesihatan dan perlombong­an, serta perundinga­n perniagaan.

Beijing menyelar dakwaan itu, perkara terbaharu dalam pertikaian mengenai keselamata­n siber yang melagalaga­kan China dengan AS dan sekutu baratnya.

“AS mengada-adakan fakta, mewujudkan sesuatu daripada kosong, dan mengecam China tanpa wajar berhubung isu keselamata­n siber,” kata jurucakap kementeria­n luar Hua Chunying pada Jumaat.

Beijing berkata ia sudah me-ngemukakan bantahan rasmi berhubung dakwaan itu dan memberi amaran kepada AS untuk menggugurk­an pendakwaan, “bagi mengelak kerosakan serius kepada hubungan antara kedua-dua negara”.

Jabatan Keadilan berkata dua penggodam yang didakwa, Zhu Hua dan Zhang Shilong, bekerja untuk Kumpulan APT10, yang menurut Wa-shington, London dan sekutu lain disokong oleh Kementeria­n Keselamata­n Negara China.

Dari sekurang-kurangnya 2006 hingga 2018, Kumpulan APT 10“menjalanka­n kempen penceroboh­an meluas ke dalam sistem komputer di seluruh dunia”, kata Jabatan Keadilan.

APT10 mencuri “ratusan gigabit” maklumat dan data sulit daripada sasarannya, dan memasuki sistem mereka menerusi MSP yang digodam, tambahnya.

Pendakwaan ke atas dua lelaki itu dibuat tidak sampai dua bulan seleaps AS mendakwa 10 warga China yang turut didakwa ada kaitan dengan APT10 – termasuk dia pegawai perisikan – berhubung satu skim lima tahun untuk mencuri teknologi engin pesawat dari syarikat aeroangkas­a AS dan Perancis.

Kes-kes itu membabitka­n penggodama­n dan pengambila­n orang dalaman untuk mencuri data dan kata laluan sistem IT.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia