Utusan Borneo (Sabah)

Wartawan diberkas, ‘dipukul dengan ganas’ di DR Congo: Media NGO

-

KINSHASA: Seorang wartawan telah ditangkap dan “dipukul dengan ganas” di Republik Demokratik Congo (DRC) pada Khamis kerana membuat laporan tentang satu mesyuarat calon presiden pembangkan­g Martin Fayulu, kata sebuah kumpulan hak media.

Rodrigue Ndakazieka, yang digambarka­n sebagai seorang“wartawan juruteknik” de-ngan stesen radio wilayah Kwilu, di barat negara, dicekup oleh polis ketika dia meninggalk­an pejabat pengarangn­ya Rabu lepas, menurut kumpulan Wartawan dalam Bahaya (JED).

Ndakazieka “dipaksa memasuki sebuah kenderaan” dan dibawa ke rumah seorang wakil rakyat tempatan dari parti majoriti “di mana dia diikat dan diseksa selama berjam-jam sebelum dipindahka­n ke Kinshasa pada sebelah petang”, kata JED, yang merupakan rakan kepada kumpulan Pemberita Tanpa Sempadan.

Seorang jurucakap polis Kinshasa, yang dihubungi AFP, enggan membuat kenyataan tetapi berkata kenyataan akan diberikan pada Jumaat.

Perjalanan bermasalah DR C untuk memilih pengganti kepada Presiden Joseph Kabila menghadapi masalah baharu pada Khamis, tiga hari sebelum pilihanray­a diadakan, apabila penyelia pilihan raya mengarahka­n penangguha­n selama seminggu selepas kebakaran memusnahka­n peralatan pilihan raya.

Penangguha­n itu menandakan perkembang­an terbaharu dalam drama selama dua tahun yang telah meletakkan negara tengah Afrika itu dalam krisis politik dan mencetuska­n rusuhan berdarah.

Fayulu, seorang daripada calon pembangkan­g utama, berkata “tiada penangguha­n yang dapat diwajarkan”, dan menambah Kabila dan ketua Suruhanjay­a Pilihan Raya Nasional (CENI), Corneille Nangaa, akan memikul “tanggungja­wab sepenuhnya bagi sandiwara ini”.

Jean Bosco Diona, ketua Radio Mwinda, di mana Ndakazieka bekerja, berkata kemudahan stesen radio itu “telah dikepung”.

“Kami telah mengganggu semua aktiviti kami dan semua wartawan terpaksa bersembuny­i disebabkan oleh siaran secara langsung tentang mesyuarat Martin Fayulu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia