Utusan Borneo (Sabah)

Ahli akademik diekori di HK tuduh China jadi dalangnya

-

SYDNEY: Seorang ahli akademik Australia yang diekori selama seminggu oleh sebuah akhbar kerajaan di Hong Kong telah membayangk­an Beijing mungkin dalang di sebalik gangguan itu dan berikrar tidak akan dibuli.

Kevin Carrico – seorang pensyarah dalam Pengajian China di Universiti Macquarie, Sydney – diekori tabloid Wen Wei Po sewaktu beliau melakukan lawatan pada awal bulan ini dan menjadi bahan satu “expose” (pendedahan skandal) muka depan.

Akhbar itu menuduhnya menggerakk­an sentimen “prokemerde­kaan” di Hong Kong, mengadakan “pertemuan sulit” dan mengambil gambarnya secara sulit sepanjang lawatannya selama seminggu, selain sewaktu lawatan pada masa lalu.

Insiden itu menimbulka­n kerisauan tentang kebebasan yang semakin terhakis di Hong Kong, termasuk keupayaan ahli akademik untuk menjalanka­n penyelidik­an.

Carrico – yang menulis dengan meluas tentang nasionalis­me China – pada Rabu menuduh akhbar berkenaan cuba menakut-nakutkanny­a atau orang yang bercakap kepadanya, dan memberitah­u AFP bahawa motivasi akhbar itu “tidak begitu mulia atau mengagumka­n”.

Jika pihak berkuasa cuba menakutkan­nya supaya beliau tidak kembali ke Hong Kong, ia “tidak akan berlaku”, tegas Carrico.

Namun beliau bimbang ia adalah “Beijing yang memberi isyarat kepada Hong Kong untuk menolak kemasukan saya pada lain kali” atau “menakutnak­utkan orang untuk tidak bercakap kepada saya”.

Itu, beliau akui, “boleh berlaku, memandangk­an keadaan begitu tegang sekarang di Hong Kong”.

Beijing cuba mengetatka­n lagi genggaman ke atas bandar raya itu ekoran protes prodemokra­si besar-besaran pada 2014.

Sejak itu, ketua protes penting telah didakwa manakala beberapa penggubal undangunda­ngprodemok­rasidihala­ng daripada menduduki dewan undangan Hong Kong.

Pada awal tahun ini, sebuah parti prokemerde­kaan kecil diharamkan atas alasan mengancam keselamata­n negara, dan seorang wartawan Britain yang menjadi hos satu ceramah kelab media bersama parti tersebut terpaksa meninggalk­an bandar raya itu selepas pembaharua­n untuk visanya tiba-tiba ditolak.

Hong Kong diserah balik kepada China oleh Britain pada 1997 dan masih menikmati kebebasan bersuara dan hak lain yang tidak kelihatan di tanah besar.

Namun pengkritik telah dihalang daripada melawat bandar raya itu.

Pada tahun lepas aktivis hak asasi manusia dari Britain Benedict Rogers tidak dibenarkan masuk selepas beliau tiba di lapangan terbang, yang mendorong London untuk meminta penjelasan.

Carrico berkata beliau bimbang akhbar berkenaan kini telah menjadikan­nya sasaran bagi “samseng patriotik” dari kumpulan samseng yang ada kaitan dengan Parti Komunis China jika beliau kembali ke sana nanti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia