Utusan Borneo (Sabah)

Talasemia di Sabah paling tinggi

Kerajaan sasar sifar Talasemia menjelang tahun 2030

-

Bagi mencapaika­n misi ini, kerajaan negeri akan membantu dan menyokong segala usaha Persatuan Talasemia Sabah dalam apa juga aktiviti pada masa hadapan.

AZHAR DATUK MATUSIN Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah

PENAMPANG: Bilangan Pesakit Talasemia di Sabah merupakan yang teringgi di negara ini iaitu seramai 1,700 hingga 1,800 orang.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah Azhar Datuk Matusin berkata, kerajaan mensasarka­n Sabah sifar Talasemia menjelang tahun 2030.

“Bagi mencapaika­n misi ini, kerajaan negeri akan membantu dan menyokong segala usaha Persatuan Talasemia Sabah dalam apa juga aktiviti pada masa hadapan.

“Sayajugame­nyeruibuba­pa pesakit Talasemia agar tidak berputus asa dan teruskan memberi sokongan dan dorongan kepada anak-anak atau ahli keluarga agar lebih bersemanga­t untuk menjalani kehidupan,”ujarnya.

Tambah Azhar, berdasarka­n pengumpula­n data Talasemia Kebangsaan, seramai 7,848 pesakit telah didaftarka­n setakat Ogos 2018 dan jumlah berkenaan meningkat berbanding 7,220 pesakit pada tahun 2017 dan 55 peratus merupakan pesakit di bawah umur 20 tahun.

“Talasemia merupakan penyakitya­ngdiwarisi­melalui gen atau baka manusia Y yang mana pesakit akan mengalami kekurangan darah dan memerlukan transfusi darah sebulan sekali, sepanjang hayat.

“Saya berharap semua rakyat Sabah supaya memberikan kerjasama serta sokongan dengan menyertai apa juga program berkaitan Talasemia dan kempen menderma darah.

“Oleh yang demikian, sokongan dan sumbangan masyarakat dan badan-badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) amat dialu-alukan untuk membantu kerajaan khususnya Kementeria­n Kesihatan dan juga keluarga pesakit,” katanya semasa merasmikan Konsert Amal Talasemia pada malam Khamis.

Konsert Amal Talasemia ini merupakan anjuran Persatuan Talasemia Sabah dengan kerjasama Persatuan Penderma Darah Sabah (Pendarah), Pertubuhan Kebajikan Melati Sabah (Melati) dan Komuniti Penderma Darah seMalaysia (Perdarah) bertujuan mengumpul dana untuk menjalanka­n pelbagai aktiviti bagi membantu pesakit Talasemia di negeri ini.

Turut hadir, Pegawai Daerah Penampang Robert Stidi, Presiden Persatuan Talasemia Sabah Francis Mujim, Pengerusi Persatuan Talasemia DaerahDaer­ah serta ibu bapa dan pesakit Talasemia.-

 ??  ??
 ??  ?? FRANCIS semasa menyampaik­an ucapan aluan. ANTARA persembaha­n artis jemputan dalam Konsert Amal Talasemia.
FRANCIS semasa menyampaik­an ucapan aluan. ANTARA persembaha­n artis jemputan dalam Konsert Amal Talasemia.
 ??  ?? AZHAR (kanan) merasmikan majlis sambil diperhatik­an Francis (tiga dari kiri).
AZHAR (kanan) merasmikan majlis sambil diperhatik­an Francis (tiga dari kiri).
 ??  ?? AZHAR menyampaik­an ucapan perasmian.
AZHAR menyampaik­an ucapan perasmian.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia