Utusan Borneo (Sabah)

Tan Sri Teh peroleh anugerah kepimpinan

-

KUALA LUMPUR: Pengasas dan Pengerusi Public Bank, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow memperoleh satu lagi anugerah, kali ini anugerah kepemimpin­an ‘The Best of Best In Brand Leadership Award 2018 – Overall Championsh­ip’ daripada Yayasan Asia Pacific Brands.

Anugerah tersebut disampaika­n oleh Dr. KKJohan Presiden, The BrandLaure­ate pada majlis yang diadakan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada 20 Disember 2018.

Anugerah peribadi terbaharu ini mengiktira­f kepemimpin­an Tan Sri Teh yang bukan sahaja membawa kejayaan kepada Public Bank tetapi memberi inspirasi dan motivasi kepada ramai orang melalui wawasan dan kebijaksan­aan beliau.

Dalam ucapannya Dr. KKJohan berkata, sebagai peneraju utama Public Bank, Tan Sri Teh telah mengemudi bankberken­aanuntukme­njadi bank swasta terbesar di Malaysia sejak 50 tahun lepas melalui kepemimpin­annya; kepemimpin­an yang mempunyai asas kukuh yang berwawasan, tekun, inovatif, berintegri­ti, bertanggun­gjawab dan prihatin.

“Dalam Korporat Malaysia, kepemimpin­an Tan Sri Teh sukar ditandingi dan menjadi penanda aras kecemerlan­gan bagi industri dan untuk pemimpin yang berhasrat menjadi Pengasas dan Pengerusi yang gagah dan dinamik seperti beliau,” tambahnya.

“Amat menakjubka­n sekali kerana pada usia 88 tahun, ramai orang mungkin sudah bersenang-lenang. Namun bagi Tan Sri Teh, pada usia sedemikian masih memiliki semangat,minatdanke­azaman untuk melihat organisasi kesayangan­nya, Public Bank, terus berkembang dan maju.

“Walaupun melalui pelbagai ujian dan tekanan selama lebih 50 tahun menerajui bank termasuk beberapa krisis kewangan, ramai yang takjub dengan ketajaman fikiran beliau dalam perniagaan,” katanya.

Dalam ucapan penghargaa­nnya, Tan Sri Teh berkata, menjadi Pengasas dan Pengerusi merupakan kedudukan yang didambakan yang melangkaui sekadar memimpin dan membuat keputusan. Kedudukan itu juga bermaksud memperoleh penghormat­an dan memberi inspirasi kepada organisasi secara keseluruha­nnya untuk meneruskan kecemerlan­gan demi kemajuan syarikat.

“Kecemerlan­gan memerlukan pengorbana­n. Kecemerlan­gan bukanlah kekecualia­n tetapi memerlukan impian yang dipersetuj­ui bersama. Untuk mencapai kecemerlan­gan, semua orang mesti menerima impian tersebut sebagai pelan tindakan dan menetapkan­nya sebagai nilai yang dikongsi bersama.

“Di Public Bank, nilai-nilai tradisi kekal utuh. Sebagai penjaga dana awam yang diamanahka­ndengankom­oditi berupawang,integriti,amanah dan tadbir urus yang baik tiada galang gantinya. Justeru saya sentiasa berpegang pada prinsip ‘Melakukan Yang Terbaik’ walaupun kita tidak diperhatik­an,” kata Tan Sri Teh.

TanSriTehm­endedikasi­kan anugerah ini kepada pasukan Pengurusan dan semua kakitangan Kumpulan Public Bank atas komitmen berterusan mereka ke arah cemerlang, selain dedikasi dan kesetiaan mereka yang merupakan sumbangan penting kepada kejayaan beliau untuk memperoleh anugerah ini.

Pada malam yang sama, Public Bank juga menerima Anugerah The BrandLaure­ate CSR BrandLeade­rship Awards 2018 – Leadership in CSR.

Dengan anugerah terbaharu ini, Bank telah menerima lebih daripada 580 anugerah korporat kecemerlan­gan dan keunggulan manakala Tan Sri Teh pula telah menerima sebanyak42­anugerahpe­ribadi bagi pencapaian seumur hidup serta kecemerlan­gan dan kepemimpin­an beliau yang menjadi teladan.

 ??  ?? TEH
TEH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia