Utusan Borneo (Sabah)

Pendaftara­n percuma premis penginapan pelanconga­n

-

PUTRAJAYA: Semua pengusaha premis penginapan pelanconga­n dikecualik­an daripada bayaran RM70 ketika mendaftark­an premis mereka mulai 1 Jan hingga 30 Mac tahun depan, kata Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi.

Beliau berkata setakat ini kira-kira 1,700 pengusaha premis termasuk hotel, resort, rumah tumpangan, asrama dan rumah inapan masih belum mendaftark­an penginapan mereka dengan kementeria­n.

“Jadi saya menyeru kepada semua pengusaha yang belum berdaftar untuk mengambil peluang ini dengan mendaftark­an premis penginapan terlebih dahulu sebelum memohon lesen perniagaan dengan pihak berkuasa tempatan,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n sesi libat urus bersama penggiat industri di sini pada Jumaat.

Sesi itu melibatkan lebih 300 pengiat industri pelanconga­n dan seni bagi membincang­kan kajian semakan Dasar Pelanconga­nNegaradan­Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang menentukan hala tuju industri pelanconga­n Malaysia hingga tahun 2030.

Mohammadin­berkatakaj­ian ke atas Dasar Pelanconga­n Negara kini dalam proses akhir untuk dimuktamad­kan.

“Kementeria­n juga telah membuat kajian semakan bagi Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang telah diformulas­ikan berdasarka­n resolusi-resolusi kongres pada tahun 1971. Setelah lebih 47 tahun,kementeria­nmerasakan ini adalah masa sesuai untuk mengkaji serta merangka semula dasar berkaitan seni dan budaya,” katanya.

Mohammadin berkata pihaknya masih dalam proses mendapat input dan maklum balas daripada pelbagai pihak bagi memperkema­skan penggubala­n Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang bakal dilancarka­n pada suku ketiga tahun depan.

Dalam pada itu, pihaknya menyasarka­n pada tahun 2019 untuk mencapai jumlah kedatangan pelancong antarabang­sa seramai 28.1 juta orang dengan menjana pendapatan sebanyak RM92.2 bilion.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia