Utusan Borneo (Sabah)

Pembinaan kompleks sukan perlu

15 daripada 27 daerah sudah miliki kompleks sukan di Sabah

-

PITAS: Sebanyak 15 buah daerah daripada 27 yang ada di Sabah sudah memiliki komplekssu­kandan11da­erah lagi bakal dibangunka­n kompleks tersebut apabila Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah(KBSS)menerimada­na untuk tujuan berkenaan.

Setiausaha Tetap Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah Datuk Haji Awang Damit Awang Anak berkata, pembinaan kompleks sukan ini memang amat diperlukan sebagai pusat menggiatka­n pelbagai aktiviti sukan dan menjadi mercu tanda sesebuah daerah.

“KBSS sangat memerlukan sumbangan kerajaan dalam membangunk­an lebih banyak kompleks sukan di sini yang juga keperluan masyarakat di kawasan setempat,” tegasnya berucap di Majlis Penutupan dan Penyampaia­n Sijil Kursus Kemahirand­anKeusahaw­anan di Arena Belia Pitas dekat sini pada Selasa.

Turut diadakan ialah penyerahan peralatan sukan kepada Persatuan Belia dan Sukan Daerah Pitas, penyerahan sumbangan piala kepada program Larian Kabatasan Adventure Run 2018 dan penyerahan mesin jahit kepada peserta kursus jahitan anjuran Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah.

Dalam pada itu katanya, pihak KBSS tidak pernah meminggirk­an golongan belia terutama sekali ahli persatuan belia dan mereka yang sudah pernah mengikuti kursus keusahawan­an untuk diberikan ruang dan peluang memperoleh­i modal perniagaan.

Katanya, golongan belia mesti ada semangat kental, gigih berusaha dan tekun serta sabar dalam bidang yang usahakan.

“Kerajaan sentiasa memberi sokongan padu dan galakkan demi kemajuan belia sebagai aset negara yang amat berharga dalam bidang kepelbagai­an khasnya sudut ekonomi,” katanya.

Berhubung dengan penubuhank­elabbeliak­atanya, di Pitas sahaja terdapat 192 buah kampung.

Setakat ini katanya, baru tiga buah kampung yang telah menubuhkan kelab belia berdaftar.

“Bermakna masih ada 189 lagi kelab yang perlu ditubuhkan jika sekiranya belia di daerah ini mahu maju dan berdaya saing dalam kepelbagai­an setanding dengan daerah lain di negeri ini,” tegasnya.

Katanya, Sabah mempunyai sebanyak 935 buah persatuan atau kelab belia yang berdaftar.

Katanya, berdasarka­n pertambaha­n persatuan atau kelab belia di negeri ini, pada tahun 2019 KBS Sabah diperuntuk­kan geran sebanyak RM5 juta bagi membantu memajukan golongan usahawan muda dan belia yang berpersatu­an.

“Pembinaan kompleks sukan ini memang amat diperlukan sebagai pusat menggiatka­n pelbagai aktiviti sukan dan menjadi mercu tanda sesebuah daerah. KBSS sangat memerlukan sumbangan kerajaan dalam membangunk­an lebih banyak kompleks sukan di sini yang juga keperluan masyarakat di ” kawasan setempat. DATUK HAJI AWANG DAMIT Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah (KBSS)

 ??  ?? AWANG Damit (empat kiri) menyampaik­an peralatan sukan kepada Naib Presiden Pitas FA Pangadiran Haji Awang Salleh.
AWANG Damit (empat kiri) menyampaik­an peralatan sukan kepada Naib Presiden Pitas FA Pangadiran Haji Awang Salleh.
 ??  ?? AWANG Damit turut menyampaik­an piala-piala untuk Larian Kabatan Adventure Run 2018 kepada pengerusi program Rickson Matangan.
AWANG Damit turut menyampaik­an piala-piala untuk Larian Kabatan Adventure Run 2018 kepada pengerusi program Rickson Matangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia