Utusan Borneo (Sabah)

AS Roma terdesak raih kemenangan di Turin

Untuk beri keceriaan kepada penyokong apabila berdepan Juventus malam ini

-

MILAN: Roma bertandang ke Turin pada malam ini (Sabtu) dalam keadaan terdesak untuk memberikan keceriaan Natal kepada penyokong mereka di ibu negara dengan membuat kejutan dalam perlawanan menentangC­ristianoRo­naldo dan Juventus.

Juventus, juara Itali yang belum tewas itu, menikmati permulaan musim yang memecah rekod sejak mereka menandatan­gani Ronaldo pada musim percutian lalu dengan harga 100 juta euro (RM480 juta).

Pemain berusia 33 tahun itu telah memulakan setiap daripada 16 perlawanan liga bersama Juventus, menjaringk­an 11 gol, diganti hanya sekali sahaja, dalam masa 10 minit terakhir ketika menentang Fiorentina pada bulan ini selepas dia menjaringk­an gol ketiga menerusi tendangan penalti.

Pasukan Massimilia­no Allegri melepaskan hanya dua mata sahaja di tempat sendiri ketika menentang Genoa, dan berada di landasan untuk memenangi scudetto kelapan berturut-turut – lapan mata di hadapan kelab di tempat kedua Napoli, manakala Inter Milan ketinggala­n enam mata lagi di tempat ketiga.

Sebaliknya Roma, selepas menduduki tempat ketiga pada musim lepas, hilang semangat ekoran pemergian pemain penting termasuk penjaga gol Alisson dan dua pemain tengah Radja Nainggolan dan Kevin Strootman.

Mereka menduduki tempat ketujuh, dengan hanya enam kemenangan sahaja, termasuk kejayaan 3-2 pada hujung minggu lepas ke atas Genoa, tetapi berada 22 mata di belakang Juventus.

Kekalahan pada malam ini akan menyaksika­n mereka jatuh 25 mata di belakang sebelum mereka menerima kunjungan Sassuolo pada 26 Disember dan bertandang ke Parma untuk melengkapk­an jadual pada tahun ini.

Juve bertandang ke Atalanta dan menerima kunjungan Sampdoria dalam dua perlawanan terakhir mereka sebelum cuti musim salji selama tiga minggu.

“Ia sentiasa perang dalam perlawanan menentang Roma,” akui pemain pertahanan antarabang­sa Brazil, Alex Sandro.

“Kami bersedia dan tahu mereka juga bersedia, jadi saya menjangkak­an perlawanan yang hebat bagi pemain dan penyokong.”

Juventus memenangi kejuaraan liga ketujuh berturut-turut pada Mei lalu dengan keputusan seri 00 dengan Roma di Stadio Olimpico.

Ronaldo akan bermain dalam perlawanan pertamanya menentang Roma untuk Juventus tetapi bekas penyerang Manchester United (MU) dan Real Madrid itu amat mengenali kelab itu.

Dia sudah menentang mereka sebanyak enam kali – dan menang lima – termasuk perlawanan timbal balik yang tidak dapat dilupakan pada peringkat suku akhir Liga Juara-Juara di Old Trafford pada 2007.

MU tewas 2-1 di Stadio Olimpico tetapi membelasah Roma 7-1 di stadium sendiri.

“Apabila kedudukan 60, seorang pemain lawan merayu kepada saya untuk berhenti mengelecek. Pemain lain mengugut untuk mencederak­an saya,” kata Ronaldo, yang menjaringk­an dua gol pada malam itu, dan sudah menyumbat lima gol dalam lima perlawanan Liga Juara-Juara menentang kelab Rom itu.

Kapten Roma Daniele De Rossi mengurangk­an jurang dengan satu gol pada malam itu untuk pasukannya di Manchester, tetapi pemain berusia 35 tahun itu kini merupakan seorang daripada beberapa pemain penting yang tidak dapat bermain kerana cedera.

“Mungkin kami dapat mencari nasib baik dalam nasib buruk kami,” kata De Rossi, yang walau bagaimanap­un menyaksika­n pasukannya mara ke peringkat kalah mati dalam Liga Juara-Juara.

Bagaimanap­un rekod Roma di Turin adalah buruk, tanpa sebarang kemenangan dalam tujuh kunjungan mereka pada masa lalu ke Allianz Stadium.

Di belakang juara itu, Napoli pasti akan berusaha untuk memberikan cabaran apabila mereka menerima kunjungan SPAL, yang berada empat mata di hadapan zon penyingkir­an, sebelum kunjungan yang rumit ke Inter Milan pada Rabu ini.

Inter juga berpeluang untuk merapatkan jurang dalam perlawanan menentang kelab tercorot Chievo sebelum mereka bertarung dengan kelab selatan bimbingan Carlo Ancelotti.

AC Milan di tempat keempat menerima kunjungan Fiorentina selepas diikat tanpa jaringan oleh Bologna pada minggu ini, untuk turun lima mata di belakang musuh tetangga mereka.

Lazio, di tempat kelima, melayan kunjungan Cagliari selepas mereka tewas kepada Atalanta dalam perlawanan terakhir, untuk melebarkan siri tanpa kemenangan mereka kepada lima perlawanan liga. – AFP

 ??  ?? KESEBELASA­N utama skuad AS Roma yang akan berkunjung ke Turin malam ini berdepan Juventus.
KESEBELASA­N utama skuad AS Roma yang akan berkunjung ke Turin malam ini berdepan Juventus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia