Utusan Borneo (Sabah)

Kemenangan PH lakar pelbagai sejarah

-

TAHUN 2018 menyaksika­n sejarah terukir apabila Malaysia buat pertama kali mengalami perubahan pentadbira­n kerajaan pusat selepas kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) sekaligus menamatkan pemerintah­an Barisan Nasional (BN) selama lebih 60 tahun.

Selepas kemenangan PH hasil gabungan empat parti politik iaitu Bersatu, PKR, DAP dan AMANAH itu, negara diperlihat­kan dengan lebih banyak sejarah terlakar bermula dengan pemilihan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ke-7 pada usia 92 tahun.

Pelantikan beliau turut diiktiraf Guinness Book of World Records sebagai Perdana Menteri Tertua Dunia pada usia 92 tahun, 141 hari yang dilantik, sekaligus memecah rekod yang dipegang oleh Morarji Ranchhodji Desai dari India yang berusia 81 tahun pada tahun pelantikan­nya.

Keadaan itu juga menyaksika­n kembalinya Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia buat kali kedua memegang jawatan nombor satu negara, selepas hampir 15 tahun berundur.

Selain itu, tahun ini juga menyaksika­n Malaysia mempunyai Timbalan Perdana Menteri wanita buat pertama kali dengan pelantikan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selepas kemenangan PH.

Beliau yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sekali lagi melakar sejarah apabila menjadi wanita pertama mempengeru­sikan mesyuarat kabinet di Bangunan Perdana Putra, pada September lepas.

Dr Wan Azizah, mempengeru­sikan mesyuarat itu kerana Perdana Menteri, Dr Mahathir ketika itu berada di New York untuk lawatan kerja dan menghadiri Perhimpuna­n Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) Ke-73.

Barisan kabinet yang dibentuk Dr Mahahtir turut mencipta beberapa sejarah dengan menampilka­n realiti demografi kaum di negara ini yang diberi peluang menjadi menteri persekutua­n dan memegang pelbagai portfolio penting.

Antaranya melibatkan pemilihan Gobind Singh Deo sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia yang turut mencatat sejarah tersendiri apabila beliau menjadi bangsa Sikh pertama yang dilantik sebagai menteri persekutua­n di negara ini.

Mengikut laman web Asia Samachar, anggota Parlimen Puchong itu juga adalah menteri Sikh pertama di Asia selain India.

Selain itu, negara turut menyaksika­n pertama kali pemimpin daripada suku Lun Bawang iaitu Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian, dipilih menjadi menteri persekutua­n apabila diberi tanggungja­wab mengetuai Kementeria­n Kerja Raya.

Anggota Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga melakar sejarah baharu apabila menjadi menteri kabinet termuda di Malaysia, sekali gus memadamkan rekod yang sebelum ini dipegang bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyertai Kabinet Dr Mahathir pada 1986 sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, ketika usianya 33 tahun.

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) BERSATU itu dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan pada usia menginjak 26 tahun pada 6 Disember.

Kabinet baharu itu juga buat pertama kali mengangkat paling ramai wanita untuk mengaggota­i jemaah menteri iaitu seramai sembilan orang dengan lima daripadany­a memegang menteri penuh iaiatu, Dr Wan Azizah (KPWKM), Zuraida Kamaruddin (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan), Rina Harun (Menteri Pembanguna­n Luar Bandar), Yeo Bee Yin (Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Sumber Asli) dan Teresa Kok (Menteri Industri Utama). -Bernama

 ??  ?? DR MAHATHIR
DR MAHATHIR
 ??  ?? DR WAN AZIZAH
DR WAN AZIZAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia