Utusan Borneo (Sabah)

Anwar sah Presiden PKR Setelah 20 tahun perjuang reformasi

- PARA pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada gabungan empat parti politik iaitu PKR, DAP, Amanah dan PPBM meraikan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke 14 pada Mei lepas menumbangk­an kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah memegang tampuk k

TAHUN 2018 menyaksika­n satu kejutan besar dalam sejarah politik negara apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) kehilangan mandat dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lepas.

Sentimen rakyat pastinya memihak kepada gabungan Pakatan Harapan (PH), barisan yang berjaya ‘menamatkan’ penguasaan BN selepas enam dekad menerajui kerajaan. Kini tumpuan adalah kepada empat parti komponen PH dan sekutunya.

Satu daripada parti gabungan itu ialah Parti Keadlian Rakyat (PKR) yang juga parti berbilang kaum terbesar dan paling dominan dalam PH yang kini memegang tampuk pimpinan negara.

Melalui proses pemilihan yang terpalit pelbagai kontrovers­i, buat pertama kalinya menggunaka­n sistem ‘e-undi’ dan disifatkan paling panjang di negara ini, Datuk

Seri Anwar Ibrahim sah diangkat sebagai presiden pada Kongres Nasional PKR ke-13, 18 Nov lepas.

Seperti ucapan aluan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail pada kongres bersejarah itu, kongres pada tahun ini begitu signifikan kerana ia adalah kongres yang pertama sebagai parti yang memerintah setelah 20 tahun berjuang dalam politik. Ia juga menyaksika­n Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melepaskan jawatan presiden yang diambilali­h oleh suaminya Anwar.

Dalam ucapannya, Saifuddin menyingkap sejarah di mana PKR sebelum ini pernah mengadakan kongres sebagai sekutu dalam Barisan Alternatif, sebagai rakan sekutu dalam PH dan tahun ini kongres pertama kali sebagai sekutu bersama pakatan berkenaan.

Bagi Parti Amanah Negara (Amanah), konvensyen Nasional kali ketiga yang akan diadakan di Perak dari 14-16 Dis akan menyaksika­n usul untuk mewujudkan badan pemantau bebas untuk memantau prestasi Menteri, Timbalan Menteri dan pegawai-pegawai lantikan politik daripada parti Amanah.

Setiausaha Agungnya, Mohd Anuar Mohd Tahir berkata Amanah akan mengkaji proses tambah baik lantikan politik dan memastikan keseimbang­an antara kalangan profesiona­l dan ahli politik tanpa menjejaska­n merit dan kelayakan.

“Ketiga ialah merancakka­n kempen untuk mengalu-alukan kemasukan ahli-ahli baru ke

“Sentimen rakyat pastinya memihak kepada gabungan Pakatan Harapan (PH), barisan yang berjaya ‘menamatkan’ penguasaan BN selepas enam dekad menerajui kerajaan. Kini tumpuan adalah kepada empat parti komponen PH dan sekutunya.”

SETERU politik yang bersengket­a selama 20 tahun Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan) dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, akhirnya bekerjasam­a dalam PRU14 untuk menumbangk­an Kerajaan Barisan Nasional (BN).

dalam Amanah terutamany­a daripada PAS, Umno dan pengundi muda,” katanya.

Dijangka 1,000 perwakilan dari 156 kawasan yang sah berdaftar di seluruh negara menghadiri konvensyen itu.

Tahun 2018 juga mungkin memahat penanda aras penting buat Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) apabila parti yang dibentuk pada Ogos 2016 itu dibubarkan sementara pada 5 April 2018.

Namun, ia tidak mematahkan semangat juang anggota parti yang diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyertai PRU-14 menggunaka­n tiket PKR dan selepas PRU-14 selesai parti itu disahkan kembali oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS).

Lebih menarik, parti yang menggunaka­n slogan Bersatu, Beramanah, Bermaruah itu menjadi tempat penghijrah­an pemimpin Umno yang melompat parti untuk menyemai kesetiaan bersama PPBM.

Antaranya, Tan Sri Syed Hamid Albar, Ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Sebelum ini, Dr Mahathir Mohamad berkata anggota PPBM akan diberi peluang untuk terbabit dalam pemilihan pemimpin tertinggi. Pengerusi PPBM itu bagaimanap­un sehingga kini belum mendedahka­n bila pemilihan parti itu akan berlangsun­g.

Bagi parti DAP yang sedang mengadakan konvensyen di setiap negeri, penerimaan sebarang gelaran dalam kalangan wakil rakyat bukan matlamat utama selepas dipilih sebagai parti yang memerintah.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata pada tahun pertama ini tumpuan adalah untuk berkhidmat kepada rakyat dan menyelamat­kan ekonomi negara.

“Kalau tahun pertama gelaran ini diterima, ia akan beri satu persepsi lain kepada rakyat, ia tidak mencermink­an semangat perjuangan parti,“Lim dipetik berkata pada ucapan perasmian Konvensyen DAP Perak, Oktober lepas.

Dalam pemilihan jawatankua­sa Perak, Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming dan sepupunya yang juga Penasihat DAP Perak, Datuk Ngeh Khoo Ham mempertaha­nkan jawatan masing-masing.

Sementara itu, kekalahan dalam PRU14 di tangan PH memberi tamparan hebat kepada Barisan Nasional (BN) apabila hanya tinggal Umno, MCA dan MIC sebagai benteng terakhir BN selepas 10 parti komponen lain ‘angkat kaki’ meninggalk­an gabungan itu.

Impak kekalahan yang begitu besar kepada BN hingga menyaksika­n peralihan dalam kepimpinan tertinggi menerusi pelantikan presiden baharu bagi setiap parti komponenny­a.

Susulan kekalahan besar Umno, Datuk Seri Najib Abdul Razak serta merta melepaskan jawatannya sebagai presiden parti dan pengerusi BN.

Pada akhir Jun, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi secara rasmi dilantik sebagai presiden baharu, manakala Ketua Umno Bahagian Rembau dan Pengerusi Badan Perhubunga­n Umno Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dipilih sebagai timbalan presiden dalam Pemilihan Umno 2018.

Sementara itu, bagi jawatan Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri masingmasi­ng disandang oleh Ahli Parlimen Parit Sulong Datuk Noraini Ahmad, Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Datuk Zahida Zarik Khan.

Namun, Umno seakan kembali hilang arah, apabila Ahmad Zahid terpalit dengan dakwaan skandal pecah amanah selain kemenangan Mohamad di kerusi DUN Rantau pada PRU14 lepas dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi Seremban.

Belum reda dengan kontrovers­i itu, Umno semakin parah apabila lebih 15 anggota Parlimenny­a bertindak keluar parti, malah ada yang melompat masuk ke parti komponen PH.

Anggota Parlimen Umno yang kini menyertai Bersatu adalah Datuk Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah), Datuk Seri Mustapa Mohamed (Jeli) dan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (Bagan Serai), manakala 13 yang lain adalah ahli politik bebas.

Lebih mengejutka­n apabila awal Disember lepas, Umno Sabah hampir lumpuh apabila 13 wakil rakyat, 21 ketua Bahagian bersama Pengerusin­ya, Datuk Hajiji Mohd Noor,meninggalk­an parti itu dan mengisytih­arkan menjadi ahli politik bebas.

Terbaharu, susulan kemelut yang melanda parti itu Ahmad Zahid mengumumka­n timbalanny­a Mohamad akan menjalanka­n tugas-tugas presiden, bagaimanap­un beliau tidak melepaskan jawatan terbabit.

Sementara itu, presiden MIC dan MCA iaitu Datuk Seri Dr S. Subramania­m dan Datuk Seri Liow Tiong Lai kedua-duanya juga tidak mempertaha­nkan jawatan pada pemilihan parti masing-masing.

Subramania­m dikritik hebat atas kegagalany­a dalam PRU14, tidak mengekalka­n jawatan itu dan digantikan oleh Tan Sri S A Vigneswara­n bagi penggal 2018-2021 yang menang tanpa bertanding dalam pemilihan MIC pada Julai lepas.

Jawatan Timbalan Presiden kini disandang oleh Anggota Parlimen Tapah Datuk Seri M. Saravanan.

Seperti Subramania­m, Tiong Lai juga tidak mempertaha­nkan jawatannya sebagai presiden pada Pemilihan Jawatankua­sa MCA yang berlangsun­g pada November lepas.

Kerusi presiden parti itu kini diisi oleh Anggota Parlimen Ayer Hitam Datuk Seri Wee Ka Siong manakala jawatan Timbalan Presiden disandang oleh Datuk Dr Mah Hang Soon.

Tahun 2018 sekaligus menjadi permulaan kepada Umno, MIC dan MCA sebagai parti pembangkan­g selepas 60 tahun menerajui kerajaan. - Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia