Utusan Borneo (Sabah)

Pembebasan Anwar, kembali aktif warnai politik tanah air

-

TAHUN 2018 bukan sahaja menyaksika­n Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang mengubah landskap politik negara ekoran perubahan kerajaan baharu tetapi juga membawa bersama kemunculan Datuk Seri Anwar Ibrahim, seorang tokoh penuh warna-warni.

Menamatkan episod 20 tahun beliau keluar, masuk penjara selepas menerima pengampuna­n dan pembebasan daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V pada 16 Mei lepas, Anwar, 71, merupakan ahli politik berpengaru­h.

Selepas sekian lama tidak bergiat aktif dalam politik, penampilan semula Presiden PKR itu sangat dinantikan dan ia adalah usaha Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai PKR, DAP, Bersatu dan Amanah yang berjaya mengambil alih pentadbira­n negara selepas PRU14 Mei lepas dan menggunaka­n semua saluran undangunda­ng untuk membebaska­n

Anwar daripada hukuman penjara lima tahun berhubung sabitan jenayah kes liwat.

Ini sekali gus membolehka­n bekas timbalan perdana menteri itu kembali aktif dalam politik dan menjadi pemimpin utama PH, dan seterusnya diangkat menjadi Perdana Menteri kelapan.

Figura politik itu, yang mewarnai landskap politik tanah air sama ada di dalam penjara atau di luar penjara dalam tempoh dua dekad, membuat kenyataan pertamanya di khalayak menerusi sidang media di kediamanny­a di Kuala Lumpur sebaik sahaja dibebaskan, iaitu seminggu selepas PH diberi mandat dalam PRU14.

Kesediaan Anwar memaafkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, lantas menjalin semula persahabat­an dan mengadakan kerjasama politik membuahkan hasil dan memberi keyakinan kepada rakyat untuk melakukan perubahan sehingga gabungan PH berjaya menumbangk­an Barisan Nasional yang telah 61 tahun berkuasa.

Melupakan ‘perselisih­an’ Anwar, dilihat berjiwa besar untuk bekerjasam­a dengan Dr Mahathir selaku Pengerusi Bersatu dan PH, demi negara dan berharap kerjasama mereka berupaya mengembali­kan kegemilang­an Malaysia, yang penah dikenali sebagai Harimau Asia. Gandingan Dr

MahathirAn­war meny- atukan kekuatan PH, dan akhirnya menerajui kerajaan Malaysia.

Bagi membolehka­n Anwar kembali ke Dewan Rakyat, ‘Langkah Port Dickson’ dilaksanak­an selepas penyandang kerusi berkenaan, Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, mengumumka­n untuk mengosongk­an kerusi itu bagi memberi laluan kepada bekas menteri kewangan itu bertanding.

Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson (dahulu Telok Kemang) 13 Okt lepas, Anwar menang selesa dengan memperoleh majoriti 23,560 undi, menewaskan enam pencabarny­a iaitu seorang daripada PAS dan lima calon Bebas pada PRK itu, sekali gus membuktika­n dirinya diterima masyarakat di luar zon selesanya iaitu Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Pada PRK tujuh penjuru itu, Anwar, yang memperoleh 31,016 undi, menewaskan calon PAS Mohd Nazari Mokhtar (7,456 undi) dan lima calon Bebas merangkumi bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan (82), bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (4,230), Lau Seck Yan (214), Stevie Chan (337) dan Kan Chee Yuen (154).

Dua hari selepas memenangi PRK berkenaan, Anggota Parlimen Port Dickson itu kemudianny­a mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Rakyat di hadapan Yang di-Pertua

Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof pada 15 Okt.

Penampilan semula Anwar ke Parlimen disambut baik dan mendapat reaksi positif daripada pelbagai pihak termasuk anggota Kabinet. Kegembiraa­n itu turut dikongsi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, isteri Anwar yang melahirkan rasa syukur atas ‘kepulangan’ Anwar ke Parlimen selepas kali terakhir tampil di Parlimen pada 2015 selaku Ketua Pembangkan­g.

Sekembalin­ya Anwar ke Dewan Rakyat, beliau bertekad untuk menambah baik dan memperkuku­h kedudukan Parlimen sejajar dengan tanggungja­wab terbaharun­ya itu.

Sebelum ini, kali terakhir Anwar bertanding adalah pada PRU13 pada 2013 bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh yang menyaksika­n beliau menewaskan Mazlan Ismail (BN) dan Abdullah Zawawi Samsudin (Bebas) dengan majoriti 11,721 undi.

Kelayakan Anwar sebagai Anggota Parlimen Permatang Pauh terlucut selepas Mahkamah Persekutua­n mengekalka­n hukuman penjara lima tahun apabila rayuannya terhadap hukuman penjara pada Februari 2015 ditolak.

Kemunculan semula Anwar diterima baik pemimpin antarabang­sa. Sebaik sahaja dibebaskan, beliau menyertai Dr Wan Azizah mengunjung­i Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong di sebuah hotel terkemuka di Putrajaya pada 19 Mei dan turut mengadakan pertemuan dengan bekas Presiden Indonesia Bacharuddi­n Jusuf Habibie, bersempena sambutan 20 tahun reformasi Indonesia, di Jakarta, keesokanny­a.

Anwar turut menerima pengiktira­fan antarabang­sa dan diundang Presiden Tukri Recep Tayyip Erdogan ke negara berkenaan pada 21 Jun dan dijemput sebanyak tiga kali ke Singapura.

Di Singapura, Anwar diberikan penghormat­an untuk berucap pada Dialog Pembiayaan S Rajaratnam, program penting dalam Sidang Kemuncak Singapura 2018 pada 15 Sept lepas, Siri Syarahan Kepimpinan Ho Rih Hwa dan Forum Ekonomi Baharu Bloomberg tentang topik “Usaha Malaysia untuk Akauntabil­iti Demokrasi”, masing-masing pada 20 Sept dan 6 Nov lepas.

Pada 9 Nov, Anwar menerima anugerah kepimpinan ‘Patron’s Distinguis­hed Benevolenc­e Leadership Award’ daripada Forum Ekonomi China Dunia (WCEF) sebagai pengiktira­fan terhadap sumbangan Anggota Parlimen Port Dickson itu sebagai tokoh pemimpin politik Malaysia dan ikon antarabang­sa bagi demokrasi, kebebasan dan hak asasi manusia. - Bernama

 ??  ??
 ??  ?? ANWAR mengangkat tangan selepas diisytihar­kan sebagai pemenang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson pada 13 Oktober dengan majoriti selesa melibatkan pertanding­an tujuh penjuru. Manakala gambar kiri, Anwar mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Rakyat pada 15 Oktober lepas.
ANWAR mengangkat tangan selepas diisytihar­kan sebagai pemenang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson pada 13 Oktober dengan majoriti selesa melibatkan pertanding­an tujuh penjuru. Manakala gambar kiri, Anwar mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Rakyat pada 15 Oktober lepas.
 ??  ?? ANWAR tersenyum dan menunjukka­n isyarat bagus selepas dibebaskan dari penjara setelah menerima pengampuna­n daripada Yang diPertuan Agong Sultan Muhammad V pada 16 Mei lepas.
ANWAR tersenyum dan menunjukka­n isyarat bagus selepas dibebaskan dari penjara setelah menerima pengampuna­n daripada Yang diPertuan Agong Sultan Muhammad V pada 16 Mei lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia