Utusan Borneo (Sabah)

Sarawak pergiat usaha tarik lebih ramai pelancong China

Kempen Melawat Sarawak dilancar di Shenzhen, fokus teroka pasaran pelanconga­n terutama di bandar-bandar besar China

-

SHENZHEN: Pelancaran Kempen Melawat Sarawak (V S C) dan logo oleh Lembaga Pelanconga­n Sarawak (STB) di Shenzhen, China diharap mampu menarik kedatangan lebih ramai pelancong China ke Sarawak.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian Dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata, fokus Sarawak adalah untuk menerokai pasaran pelanconga­n China, terutama bandarband­ar berkepadat­an tinggi seperti Shenzhen, Beijing, Guangzhou dan lain-lain.

Meskipun Sarawak hanya mempunyai satu laluan penerbanga­n terus ke China iaitu ShenzhenKu­ching, namun pelancong dari China boleh memasuki Sarawak menerusi 200 laluan penerbanga­n alternatif yang lain setiap minggu, katanya.

“Terdapat banyak laluan penerbanga­n alternatif untuk pelancong dari China ke Sarawak, antaranya menerusi Brunei, Kuala Lumpur, Singapura dan Kota Kinabalu, Sabah.

“Bagi merancakka­n lagi kegiatan pelanconga­n antara Sarawak dan China, Sarawak kini sedang menerokai lebih banyak laluan penerbanga­n terus dari bandar-bandar utama di China selain Shenzhen,” ujarnya dalam ucapan pelancaran VSC di sini, malam pada Rabu.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif (STB) Sharzede Datu Salleh Askor dalam ucapannya berkata, pelancaran kempen dan logo VSC adalah permulaan kepada usaha STB mempromosi­kan pelanconga­n Sarawak ke pasaran China dan dunia.

Logo VSC yang dilancarka­n menggambar­kan tanah Sarawak yang pelbagai warna dan moden, namun mengekalka­n ciri-ciri tradisiona­l.

“Saya percaya tiada tempat lain seperti Sarawak, kaya dengan budaya, alam semula jadi serta makanannya yang enak.

“Saya berharap pelancaran kempen dan logo VSC ini akan menarik kedatangan lebih ramai pelancong dari China ke Sarawak tahun depan,” katanya.

Dengan slogan ‘Sarawak More To Discover,’ majlis pelancaran itu turut dihadiri oleh Konsulat General Malaysia di Guangzhou Beh Ching Chye dan Pengarah Pelanconga­n Malaysia Selatan China Sharon Ho serta wakil ejen pelanconga­n Sarawak dan China.

Majlis pelancaran kempen serta logo VCS di Shenzhen kelmarin merupakan lokasi keempat selepas pelancaran di Kuala Lumpur, Singapura dan London diikuti Kuching pada 31 Disember ini.

Majlis tersebut diserikan lagi dengan persembaha­n tarian kebudayaan oleh kumpulan kebudayaan dari Sarawak serta persembaha­n muzik tradisiona­l oleh Kumpulan At Adau.

“Bagi merancakka­n lagi kegiatan pelanconga­n antara Sarawak dan China, Sarawak kini sedang menerokai lebih banyak laluan penerbanga­n terus dari bandar-bandar utama di China selain ” Shenzhen DATUK LEE KIM SHIN

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian Dan Kebudayaan

 ??  ?? LEE (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama Sharzede (lima kiri), Beh (lima kanan), Ho (empat kanan) serta yang lain sempena pelancaran kempen dan logo VSC di Shenzhen, China malam Rabu.
LEE (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama Sharzede (lima kiri), Beh (lima kanan), Ho (empat kanan) serta yang lain sempena pelancaran kempen dan logo VSC di Shenzhen, China malam Rabu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia