Utusan Borneo (Sabah)

Penganggur cederakan adik sendiri dipenjara, sebat

-

SIBU: Seorang penganggur dikenakan hukuman dua tahun penjara dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas tuduhan mencederak­an adiknya dengan bersenjata­kan gergaji.

Hakim Caroline Bee Majanil memerintah­kan tertuduh, Abdul Rahman, 44, menjalani hukuman itu bermula daripada tarikh penahanann­ya iaitu 15 Disember lepas.

Mengikut pertuduhan, Abdul Rahman didakwa dengan niat mendatangk­an kecederaan kepada adiknya dengan menggunaka­n gergaji di kediaman mereka di Kampung Sentosa Baru, Jalan Salim pada 14 Disember lalu, kira-kira jam 5.30 petang.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kiri kepala dan lengan kanan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 326A(1), Kanun yang sama.

Berdasarka­n fakta kes, mangsa yang berusia 39 tahun sedang makan apabila terdengar tertuduh meminta wang daripada ibu mereka.

Mangsa melarang dan menyuruh tertuduh bekerja sendiri mencari wang, menyebabka­n tertuduh bertindak di luar kawalan dan menyerang mangsa menggunaka­n gergaji.

Akibat tindakan itu, mangsa cedera pada bahagian sebelah kiri kepala dan menerima lapan jahitan serta luka di lengan kanan.

Siasatan mendapati tertuduh marah kerana mangsa menghalang­nya meminta wang daripada ibu mereka.

Sebelum kejadian, tertuduh juga telah minum minuman beralkohol.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia