Utusan Borneo (Sabah)

Dr Kelvin Yii dan Violet sumbang RM95,000 kepada SMK Pending

-

KUCHING: Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pending Violet Yong menyumbang sebanyak RM95,000 kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pending, di sini.

Menurut Violet, dana tersebut adalah untuk menaik taraf padang bola sepak yang kini dalam keadaan agak teruk yang akan ditakungi air selepas hujan lebat, termasuk meratakan jalan menuju ke padang tersebut.

“Disebabkan kekurangan dana, sekolah ini tidak dapat menaik taraf padang sekolah mereka dan ini secara tidak langsung menyebabka­n para pelajarnya tidak mendapat manfaat daripada kemudahan yang ada.

“Sebab itu, kami memberikan sebahagian daripada peruntukan kami kepada sekolah ini untuk membantu menyelesai­kan masalah tersebut,” katanya pada sidang media sempena penyerahan dana tersebut di SMK Pending, pada Khamis.

Manakala, Dr Yii menegaskan kepentinga­n sekolah adalah keutamaann­ya, agar dapat mempunyai persekitar­an yang lebih kondusif bagi memberikan pengalaman pendidikan yang lebih baik kepada pelajar.

“Isu sekolah yang kita hadapi adalah disebabkan oleh pengabaian dan kekurangan sumber daripada kerajaan persekutua­n yang terdahulu.

“Oleh sebab itu, kami sebagai wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) akan mengambil usaha untuk melawat ke setiap sekolah di kawasan kami dan melihat sendiri keadaannya, selain mendengar terus dari pengetua, guru dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) mereka kerana kami bukan hanya mahu menyediaka­n persekitar­an sekolah yang kondusif untuk pelajar, tetapi juga kepada para guru.

“Sekiranya keperluan guru dipenuhi, maka mereka dapat memberikan pengalaman pendidikan yang lebih baik kepada pelajar,” katanya.

Justeru katanya, beliau akan terus menyalurka­n dana kepada sekolahsek­olah yang memerlukan di konstituen­sinya pada tahun depan.

“Saya akan menggunaka­n majoriti daripada peruntukan saya untuk pendidikan sama ada kepada sekolah kebangsaan, sekolah Cina mahupun prasekolah.

“Ini kerana saya percaya dalam setiap bentuk pendidikan, ia adalah memperkasa­kan masa depan generasi muda kita,” katanya.

Turut hadir Pengetua SMK Pending Yong Ing Thung, Penolong Kanan Kokurikulu­m SMK Pending Jisin Nyud dan Setiausaha PIBG SMK Pending Hamzan Mohd Zain.

 ??  ?? DR Yii (dua kiri) dan Violet (tiga kanan) menyampaik­an sumbangan kepada Hamzan (tiga kiri) dan Yong (dua kanan) sambil disaksikan oleh Jisin (kiri) serta yang lain.
DR Yii (dua kiri) dan Violet (tiga kanan) menyampaik­an sumbangan kepada Hamzan (tiga kiri) dan Yong (dua kanan) sambil disaksikan oleh Jisin (kiri) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia