Utusan Borneo (Sabah)

Masyarakat pedalaman perlu maklumkan kerajaan gejala tidak sihat di kawasan mereka

-

LIMBANG: Masyarakat pedalaman membabitka­n kaum Penan, Iban dan Kelabit perlu bertindak sebagai mata dan telinga kerajaan dalam menyalurka­n sebarang gejala tidak sihat termasuk aktiviti pembalakan haram dan penyalahgu­naan dadah di kawasan mereka. Pegawai Daerah Limbang Superi Awang Said berkata, sebarang aktiviti pembalakan haram yang berlaku di kawasan hutan mereka perlu dilaporkan dengan Jabatan Perhutanan.

“Begitu juga dengan gejala tidak sihat lain seperti penyalahgu­naan dadah, mereka boleh bertindak dengan menghubung­i balai polis bagi mengelakan­nya menular di kawasan perkampung­an mereka,” katanya pada Majlis Penyerahan Sumbangan Hari Natal dan Tahun Baharu 2019 Bersama Syarikat Lee Ling Timber Sdn Bhd kepada masyarakat Penan, Iban dan Kelabit di sini, pada Khamis.

Turut sama ialah Pengurus Syarikat Lee Ling Timber Sdn Bhd Limbang Kenneth Chieng Siong Woo.

Superi berkata, tindakan itu perlu dilakukan berdasarka­n maklumat yang mereka perolehi terhadap aktiviti tidak betul dilakukan di kampung khususnya cara penebangan dan pengeluara­n balak yang mencurigak­an, selain melaporkan aktiviti tidak sihat lain.

Kata beliau, kerajaan juga sudah mempunyai perancanga­n untuk membina jalan raya tanpa melalui Negara Brunei yang dijangka akan memudahkan pergerakan mereka.

“Pada masa sama apabila pembanguna­n berlaku di kawasan mereka, ia datang dengan pakej iaitu cabaran yang perlu dihadapi.

“Oleh itu mereka perlu bersedia menerima perubahan termasuk kesedaran untuk memajukan diri dan menyumbang terhadap peningkata­n ekonomi, sosial di kawasan komuniti mereka,”jelasnya.

 ??  ?? (BERDIRI empat kiri) Kenneth Chieng dan Superi bergambar bersama para penerima pada Sumbangan Hari Natal dan Tahun Baharu 2019 Bersama Syarikat Lee Ling Timber Sdn Bhd pada Khamis.
(BERDIRI empat kiri) Kenneth Chieng dan Superi bergambar bersama para penerima pada Sumbangan Hari Natal dan Tahun Baharu 2019 Bersama Syarikat Lee Ling Timber Sdn Bhd pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia