Utusan Borneo (Sabah)

Ikrar gempur judi haram

-

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan akan terus memerangi kegiatan perjudian haram pada tahun depan.

Sehubungan itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan Merbin Lisa berkata, pihaknya akan meneruskan Ops Dadu bagi tujuan itu.

“Ops Dadu sedang dan akan diteruskan bagi memastikan kegiatan perjudian haram dibanteras sepenuhnya,” katanya semasa mengetuai Perhimpuna­n Bulanan (Disember) IPD Padawan, pada Khamis.

Selain itu, Merbin berkata, IPD Padawan juga akan memperkasa­kan program ‘Community Policing’ pada 2019.

Katanya, ia merupakan program pencegahan jenayah bersama yang melibatkan IPD Padawan bersama persatuan, badan bukan kerajaan (NGO), agensi-agensi kerajaan dan Rukun Tetangga.

“‘Community Policing’ sangat penting untuk memastikan kawasankaw­asan perumahan dan tempattemp­at tumpuan masyarakat sentiasa dalam keadaan selamat,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, perkhidmat­an pelanggan kepada masyarakat juga akan dipertingk­atkan ke tahap yang terbaik terutamany­a di kaunter aduan bagi memastikan tiada lagi rungutan atau aduan diterima daripada masyarakat mengenainy­a.

Malah katanya, petugas di barisan hadapan seperti unit rondaan MPV, bit/patrol dan kaunter aduan khasnya juga ditekankan untuk lebih bersikap profesiona­l ketika berhadapan dengan masyarakat dalam menyelesai­kan sebarang isu atau masalah setempat.

“Bagaimanap­un, saya berpuas hati

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia