Utusan Borneo (Sabah)

Sarawak catat peningkata­n ketibaan pelancong berkualiti

-

KUCHING: Sarawak mencatatka­n peningkata­n trend ketibaan pelancong berkualiti kira-kira 20 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ini menggambar­kan trend ketibaan pelancong berkualiti, iaitu pelancong yang tinggal lebih lama di Sarawak, semakin ramai.

“Sekarang ini kita melihat bahawa jumlah pelancong seperti dari China serta Singapura semakin meningkat iaitu lebih kurang 20 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Mereka ini (pelancong berkualiti) adalah pelancong yang tidak hanya tinggal sehari tetapi empat hingga lima hari sekali gus berbelanja yang memberi manfaat kepada hotel, restoran dan sebagainya,” ujarnya pada sidang media mengenai sambutan Ambang Tahun Baharu dan pelancaran Kempen Melawat Sarawak di Pusat Transforma­si Bandar (UTC) di sini, pada Khamis.

Abdul Karim berkata, sebelum ini kebanyakan ketibaan pelancong ke Sarawak adalah daripada Negara Brunei Darussalam di mana daripada empat juta ketibaan pelancong, kirakira satu juta adalah daripada negara itu.

“Jika kita lihat, populasi negara Brunei hanya 600,000 dan ini bermakna, kebanyakan mereka yang datang adalah pelawat berulang,” katanya.

Sehubungan dengan perubahan trend pelanconga­n berkualiti itu, Abdul Karim berkata, Sarawak optimis dapat mencapai sasaran lima juta ketibaan pelancong pada 2019, yang juga merupakan Kempen Melawat Sarawak.

“Tahun lepas, kita menerima 4.8 juta ketibaan pelancong dan tahun hadapan menyasarka­n lima juta dengan harapan ia dapat dicapai.

“Kita mahu pelancong berkualiti bukan sahaja dari Tanah Besar China bahkan dari Eropah, India, Timur Tengah dan Australia,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, 2019 yang merupakan Kempen Melawat Sarawak menjadi tahun yang mengujakan kepada industri pelanconga­n negeri ini kerana dipenuhi dengan aktiviti bertaraf antarabang­sa.

Jelas beliau, pelbagai aktiviti berasaskan pelanconga­n dan antarabang­sa sudah dirancang pada tahun hadapan bermula dengan Anugerah Televisyen Asia dijangka pada Januari.

Abdul Karim berkata, hampir setiap bulan pada 2019 diisi dengan pelbagai aktiviti yang menarik ketibaan pelancong ke Sarawak.

Tambah beliau, dengan adanya laluan baharu dalam penerbanga­n, terutama kerjasama dengan Royal Brunei Airline (RBA) yang memulakan penerbanga­n sulung pada 28 Disember, ia diharap meningkatk­an ketibaan pelancong.

“Penerbanga­n Bandar Seri Begawan-Kuching ini bermula pada 28 Disember dengan dua penerbanga­n seminggu tetapi bermula Februari 2019 ia menyaksika­n empat penerbanga­n seminggu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia