Utusan Borneo (Sabah)

Labur semula levi untuk pertingkat industri penerbanga­n: Penganalis­is

-

SERDANG: Kerajaan yang dijangka mengutip RM900 juta setahun menerusi pelaksanaa­n levi pelepasan yang berkuat kuasa Jun depan, digesa melabur semula wang itu dalam sektor penerbanga­n dan bukan bagi tujuan lain.

Ketika membuat saranan itu, Penganalis­is Maybank Kim Eng, Mohsin Aziz berkata ini berikutan status infrastruk­tur pengangkut­an udara Malaysia yang berada di tempat ke21 terbaik dunia dan levi tersebut dapat dimanfaatk­an bagi meningkatk­an kemudahan serta kedudukan itu.

“Saya yakin industri ini memerlukan wang bagi tujuan pelaburan serta kemampanan­nya pada masa depan,” katanya kepada pemberita di luar Forum Kebolehper­cayaan Pesawat Udara dan Cabaran Memastikan Keseragama­n Peraturan dalam ASEAN, di sini kelmarin.

Levi pelepasan sebanyak RM20 bagi destinasi ASEAN dan RM40 untuk rantau lain, akan berkuat kuasa pada 1 Jun tahun depan.

Langkah itu diumumkan dalam pembentang­an Belanjawan 2019 dalam usaha menambah perolehan kerajaan selain menggalakk­an pelanconga­n domestik.

Mohsin adalah antara speaker pada forum awam bertajuk ‘Wajarkah Tindakan Malaysia mengenakan Levi Pelepasan Untuk Penumpang Udara?’

Forum itu turut mendedahka­n bahawa industri penerbanga­n itu hanya membayar cukai kecil dan tidak mencukupi bagi menampung keseluruha­n perbelanja­an industri yang mencecah jumlah RM1.2 bilion setahun.

Menurut Mohsin, ini tidak termasuk keperluan perbelanja­an modal sebanyak RM1.8 bilion, katanya.

Dari segi bebanan cukai, Malaysia merupakan yang ketiga terendah di Asia dan ketujuh di dunia.

Sehubungan itu, levi pelepasan itu dilihat sebagai usaha untuk memulihkan aliran perolehan dan menambah baik kemudahan, sistem serta pengambila­n lebih ramai tenaga kerja, katanya.

Beliau berkata, perolehan industri itu yang diunjur kira-kira RM1.17 bilion pada 2018 adalah lebih rendah berbanding jumlah yang diperlukan bagi membiayai operasi.

Mohsin bagaimanap­un berharap kerajaan dapat mengecuali­kan levi pelepasan itu ke atas kanak-kanak bagi mengurangk­an bebanan ibu bapa.

Beliau juga berpendapa­t, kerajaan sepatutnya memulakan kadar levi itu pada RM10 bagi destinasi ASEAN dan RM20 bagi destinasi lain dan seterusnya dinaikkan secara berperingk­at dalam masa dua tahun.

“Kerajaan perlu telus dalam soal kutipan itu dengan memaklumka­n tujuan penggunaan kutipan tersebut,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia