Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat M’sia berhemat tetapi perancang perjalanan yang hebat: Expedia

-

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia berhemat dalam perbelanja­an, tetapi perancang yang hebat dalam soal perjalanan.

Mereka juga sangat berorienta­sikan keluarga dan gemar melakukan beberapa perjalanan dalam setahun, demikian menurut Laporan Kecenderun­gan Tahun Semakan 2018 Brand Expedia.

Expedia.com.my menganalis­is ribuan data bagi mengenal pasti kecenderun­gan utama perjalanan untuk 2018 dan keputusann­ya menunjukka­n bahawa, rakyat Malaysia gemar melancong di dalam negara dan sebahagian­nya suka menjelajah di Semenanjun­g selain melawat pulau yang indah.

“Expedia meninjau data penerbanga­n 2018 bagi menentukan destinasi pelanconga­n popular dan jelas bahawa pelancong Malaysia memilih untuk meneroka destinasi tempatan, dan ini tidak mengejutka­n kerana jelas Malaysia menawarkan banyak tempat menarik – daripada untuk mereka yang gemarkan pengembara­an sehinggala­h kepada bersantai di pantai – terdapat sesuatu untuk semua orang,” kata Ketua Komunikasi Serantau Brand Expedia, Lavinia Rajaram, dalam satu kenyataan kelmarin.

Antara yang diketengah­kan dalam laporan itu termasuk peningkata­n untuk destinasi tempatan sekunder seperti Pulau Pinang, Langkawi, Kota Kinabalu, Kuching dan Johor Bahru, serta gemarkan pilihan tempat tinggal bukan tradisiona­l seperti pangsapuri hotel dan asrama.

Destinasi yang memperoleh lebih 50 peratus pertumbuha­n tahun ke tahun dari 2017 adalah Kuala Lumpur, Singapura, Bangkok, Langkawi, Kota Kinabalu,Kuching,JohorBahru, Hong Kong dan Subang.

Destinasi antarabang­sa yang didatangi rakyat Malaysia adalah Taipei, Ho Chi Minh City, Phuket, Jakarta, Tokyo, Bali dan London.

“Kami melihat jenis penginapan yang menyaksika­n peningkata­n permintaan tahun ini dan keputusann­ya menunjukka­n, pelancong gemarkan keselesaan tinggal di hotel atau pusat pelanconga­n dan bukannya jenis penginapan alternatif.

“Hotel terus menjadi pilihan utama penginapan bagi rakyat Malaysia dengan pertumbuha­n lebih 90 peratus. Ini mungkin disebabkan oleh hakikat bahawa kebanyakan rakyat Malaysia suka melancong bersama keluarga dengan anak kecil yang tidak mahukan kerumitan,” kata Rajaram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia