Utusan Borneo (Sabah)

Lima protege rebut peluang ke final dalam konsert Mentor 7

-

MINGGU lepas, kesemua mentor dapat menarik nafas lega apabila anak didik mereka berjaya mara ke separuh akhir terutama Datuk Syafinaz yang masih mempunyai dua protege sekali gus memberi kelebihan kepada beliau untuk mendahului mentor-mentor yang lain.

Setelah mempersemb­ahkan lagu masing-masing dengan baik, debaran diakhiri juri tetap, Mas Idayu yang menyelamat­kan Ranisha dan Azmirul daripada tersingkir.

Menduduki dua tangga terbawah, Ranisha mengumpul mata keseluruha­n 57 markah manakala Azmirul 43 markah. Masing-masing menerima 2 markah daripada undian atas talian, Ranisha menerima 20 markah daripada juri awam profession­al, 16 markah buat Azmirul. Juri tetap memberikan 35 markah untuk Ranisha dan 25 markah kepada Azmirul.

Mentor kepada Azmirul iaitu Hafiz Suip berterima kasih kepada juri tetap, Datuk Wah Idris dan Mas Idayu kerana memberi satu lagi peluang kepada Azmirul dan berjanji akan berusaha menjadikan persembaha­n Azmirul sesuatu yang jauh lebih baik dan matang.

Konsert ketujuh Mentor 7 pada minggu lepas dimulakan dengan persembaha­n Ranisha dengan lagunya ‘Never Enough’, dipetik daripada filem ‘The Greatest Showman’. Nyanyian Ranisha mempunyai peningkata­n saban minggu dengan ‘range’ yang tinggi serta ‘high register’ yang baik.

Zaaim menyusuli dalam persembaha­n kedua menyanyika­n lagu ‘Januari’ nyanyian asal Glen Fredly. Mungkin terlalu selesa setelah tiga minggu berturut-turut mendapat persembaha­n terbaik, Zaaim kurang memberi impak dalam persembaha­nnya.

Menyanyika­n lagu ‘Gelombang Cinta’ oleh Heavy Machine, Azmirul juga tidak memberi aura dalam nyanyianny­a namun mempunyai tona suara yang bagus. Keseluruha­n persembaha­nnya agak baik pada konsert itu.

Persembaha­n Pasya setiap minggu tidak pernah gagal menerima tepukan gemuruh daripada penonton di studio. Menyanyika­n lagu daripada band lagenda E.Y.E, ‘Izinkan Selamanya Namamu Di Hati’, Pasya diiringi petikan gitar yang sangat mendayu.

Lazarul menerbangk­an bumbung Sri Pentas 2 pada malam tersebut dengan persembaha­n balada sentimenta­l yang sangat memukau. Menyanyika­n lagu ‘Jeritan Batinku’, Lazarul berjaya menggamit perasaan semua penonton sehingga para juri awam memberikan­nya markah penuh dan mendapat persembaha­n terbaik seterusnya melayakkan diri ke separuh akhir.

Penyanyi jemputan pada minggu lepas adalah Haqiem Rusly, menyanyika­n lagu kumpulan Slam, ‘Kembali Terjalin’ dan Afiqah (Protégé Uji Bakat Pilihan) membawakan lagu lama, ‘Tiru Macam Saya’.

Mentor 7 sudah hampir sampai ke penghujung­nya dengan konsert separuh akhir pada Ahad ini (esok) jam 9.00 malam di TV3.

Jangan lupa untuk menonton konsert yang penuh mendebarka­n ini untuk mengetahui siapakah yang bakal melangkah ke malam konsert akhir Mentor 7.

Mula bersiaran musim pertama pada 2005, kini Mentor terus berdiri teguh dalam melahirkan bintangbin­tang seperti Aiman Hakim, Hael Husaini, Anas Ridzuan, Shila Zikir, Sandra Dianne, Fiq Halim, Salma dan Black.

 ??  ??
 ?? — Gambar TV3 ?? JURI TETAP: Datuk Wah Idris dan Mas Idayu (kanan).
— Gambar TV3 JURI TETAP: Datuk Wah Idris dan Mas Idayu (kanan).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia