Utusan Borneo (Sabah)

APMM tahan bot pukat tunda langgar syarat sah lesen

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot pukat tunda selepas didapati melanggar syarat sah lesen di kedudukan 1.07 batu nautika barat Tanjung Gaya, di sini.

Pengarah Maritim Negeri Laksamana Muda Maritim Kamaruszam­an Abu Hassan berkata bot pukat tunda terbabit ditahan dalam Ops Sejahtera 1/2006 pada jam 1 pagi Jumaat.

“Pemeriksaa­n lanjut mendapati bot dinaiki tekong dan awak-awak warga Filipina melanggar syarat sah lesen dengan menunda ikan pada kedudukan tiga batu nautika dari kawasan darat.

“Tekong kapal serta awak-awak juga didapati mempunyai dokumen pengenalan diri yang meragukan serta lesen bot juga sudah tamat tempoh,” katanya.

Menurutnya, kesemua individu serta bot nelayan kemudian dibawa ke Jeti APMM Sepanggar untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985.

Kamaruszam­an berkata kejayaan tangkapan ini adalah hasil pemantauan berterusan terhadap kawasan yang sering dijadikan tumpuan nelayan dalam melanggar peraturan yang ditetapkan.

“Aduan daripada orang ramai juga banyak membantu menyalurka­n maklumat kepada APMM dalam menghalang kegiatan kecurian hasil laut serta makluman awal untuk kita melaksanak­an operasi di kawasan yang dinyatakan,” katanya.

Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan bolehlah menghubung­i Pusat Operasi Maritim Sabah di talian 088-270 165.

 ??  ?? BOT nelayan yang dirampas dan beroperasi menggunaka­n lesen yang sudah tamat tempoh.
BOT nelayan yang dirampas dan beroperasi menggunaka­n lesen yang sudah tamat tempoh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia