Utusan Borneo (Sabah)

Suspek ikrar setia kepada IS: Maghribi

Dalam kes pembunuhan dua pengembara Scandinavi­a di selatan negara itu

-

RABAT: Pihak berkuasa Maghribi pada Khamis berkata empat suspek ditangkap ekoran pembunuhan dua pengembara muda Scandinavi­a di selatan Maghribi telah mengikrark­an kesetiaan kepada militan Negara Islam (IS).

Tiga daripada empat suspek ditangkap pada Khamis berkaitan dengan pembunuhan mengerikan terhadap dua pengembara, ketika pegawai menyiasat hubunganny­a dengan fahaman ekstremis Islam.

“Rakaman video menunjukka­n individu yang ditahan ... mengikrark­an kesetiaan kepada Daesh direkodkan pada minggu lepas sebelum pelaksanaa­n tindakan jenayah yang kami sedang siasat,” kata pendakwa raya Rabat dalam satu kenyataan menggunaka­n nama lain untuk IS dan mengesahka­n kesahihan video.

Jurucakap kerajaan Mustapha Khalfi mengkritik pembunuhan itu sebagai satu tindakan jenayah dan pengganas”, sementara Perdana Menteri Saad Eddine El Othmani menyatakan ia adalah “satu tindakan menikam belakang Maghribi dan rakyatnya.”

Itu adalah merujuk kepada kemungkina­n kesan negatif daripada pembunuhan tersebut terhadap sektor pelanconga­n penting di negara Afrika Utara – yang merangkumi 10 peratus daripada ppendapata­n negara.

Penahanan di bandar Marrakesh menyusuli penahanan pertama pada Isnin lepas terhadap seorang lelaki yang disyaki berasal dari sebuah kumpulan ekstremis Islam, beberapa jam selepas penemuan mayat dua wanita di pergununga­n High Atlas di selatan Maghribi.

“Suspek telah diberkas” dan penyiasat sedang dalam proses “mengesahka­n motif pengganas, yang disokong oleh bukti dan penemuan dalam siasatan,” kata pejabat siasatan kehakiman pusat.

Mayat pelajar Denmark Louisa Vesterager Jespersen, 24, dan Maren Ueland dari Norway berusia 28 tahun ditemui pada Isnin lepas, selepas dua sahabat itu memasang khemah mereka di sebuah kawasan pergununga­n terpencil hanya dua jam perjalanan dari kampung pelanconga­n Imlil.

Polis telah memberikan tumpuan kepada siasatan ga-risan keganasan sejak menahan suspek pertama di sebuah kawasan kejiranan miskin di bandar utama Marrakesh di wilayah tersebut, yang merupakan satu tarikan bagi pelancong asing.

“Garisan radikal Islam tidak dihapuskan, disebabkan profil untuk suspek (pertama) yang ditangkap dan tiga orang lagi,” yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pelampau Islam, seorang sumber rapat dengan siasatan memberitah­u AFP pada Rabu lepas.

Penyiasat mengeluark­an gambar tiga orang yang diberkas, yang dikenal pasti sebagai Rachid Afatti, Ouaziad Younes dan Ejjoud Abdessamad.

Dalam satu gambar hitam putih disebarkan oleh pihak berkuasa, seorang suspek memakai jubah putih dan kopiah putih, serta mempunyai janggut yang panjang.

Suspek kedua turut mempunyai janggut yang panjang, sementara yang ketiga memiliki wajah cengkung dan janggut pendek. Namun dalam gambar lain yang dikeluarka­n oleh polis selepas mereka ditangkap, ketiga-tiga mereka telah bercukur dengan bersih dan memakai pakaian biasa.

Ketiga-tiganya berasal dari Marrakesh, dan salah seorang memiliki “rekod mahkamah dikaitkan dengan tindakan pengganas”, kata jurucakap polis Boubker Sabik.

Perdana Menteri Denmark Lars Lokke Rasmussen mengecam apa yang beliau kata-kan adalah “jenayah yang sangat kejam.”

Berucap kepada wartawan, Rasmussen berkata, “seperti seluruh dunia, kami memberikan reaksi bingung, meluat dan kesedihan yang ketara.”

Perdana Menteri Norway Erna Solberg mengecam apa yang beliau katakan adalah “satu serangan kejam dan tidak bermakna terhadap orang yang tidak bersalah.”

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? GAMBAR diambil pada Khamis menunjukka­n pegawai polis Maghribi memandu sebuah trak yang membawa mayat dua pengembara Scandinavi­a dari rumah mayat di bandar Marrakesh ke lapangan terbang.
— Gambar AFP GAMBAR diambil pada Khamis menunjukka­n pegawai polis Maghribi memandu sebuah trak yang membawa mayat dua pengembara Scandinavi­a dari rumah mayat di bandar Marrakesh ke lapangan terbang.
 ?? — Gambar AFP ?? GAMBAR gabungan menunjukka­n (dari kiri) Rachid Afatti, Ouaziad Younes dan Ejjoud Abdessamad dalam tahanan polis selepas ditangkap berhubung dengan kes pembunuhan dua pengembara Scandinavi­a di selatan Maghribi.
— Gambar AFP GAMBAR gabungan menunjukka­n (dari kiri) Rachid Afatti, Ouaziad Younes dan Ejjoud Abdessamad dalam tahanan polis selepas ditangkap berhubung dengan kes pembunuhan dua pengembara Scandinavi­a di selatan Maghribi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia