Utusan Borneo (Sabah)

AS lancar dua serangan udara di Somalia, bunuh 11 militan

-

MOGADISHU: Tentera Amerika Syarikat (AS) pada Khamis berkata ia telah melancarka­n dua serangan udara pada Rabu yang membunuh 11 militan al-Shabab di pinggir ibu kota Somalia, lapor agensi berita China Xinhua.

Pusat Kawalan Perintah AS Afrika (Africom) dalam satu kenyataan menyebut bahawa kedua-dua serangan itu, yang menyasarka­n militan al-Shabab di sekitar kawasan Selatan Beled Amin, kirakira 40 kilometer di utara Mogadishu, adalah tindakan mempertaha­nkan diri.

Menurut kenyataan itu, pasukan tentera pengaman Kesatuan Afrika di Somalia (AMISOM) sedang menjalanka­n operasi di rantau itu bagi membersihk­an fasiliti alShabab yang diketahui apabila militan al-Shabab mengepung dan menyerang mereka. “Kakitangan AS hadir ketika misi itu dijalankan sebagai penasihat. Tiada rakan kongsi atau anggota tentera AS cedera dalam operasiitu,”kataAfrico­msambil menambah bahawa tiada orang awam yang cedera atau maut dalam serangan udara itu.

“Kami sedang menilai serangan pertama yang membunuh lapan militan dan serangan kedua yang membunuh tiga militan,” kata Africom.

Kenyataan itu menyebut kumpulan militan tersebut kini menggunaka­n kawasan di sekitar Selatan Beled Amin untuk merancang dan melancarka­n serangan ke atas ibu kota Somalia.

Pasukan tentera AS bersama-sama Somalia dan Kesatuan Afrika telah memperting­kat serangan darat serta udara ke atas kumpulan militan itu sejak beberapa bulan kebelakang­an ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia