Utusan Borneo (Sabah)

Derma mencurah-curah untuk pemandu langgar tiga Ferrari

-

TAIPEI: Seorang pemandu penghantar­an yang keletihan di Taiwan dan melanggar tiga kereta Ferrari telah dilimpahi derma selepas nasibnya dan bil yang begitu tinggi sekali untuk memperbaik­i mencetuska­n kebanjiran simpati awam.

Lin Chin-hsiang mengalami hari yang khususnya buruk di tempat kerja pada awal pagi Ahad lepas apabila beliau tertidur ketika memandu semasa menghantar setanggi ke tokong berdekatan di sebatang jalan gunung yang berbelitbe­lit di atas Taipei.

Beliau bukan sahaja merosakkan kereta keluargany­a tetapi juga melanggar tiga kereta Ferrari selepas pemiliknya berhenti di tepi jalan ketika memandu pada pagi hujung minggu di kawasan bukit.

“Saya mungkin tertidur, saya tidak pasti apa yang telah berlaku,” kata pemuda berusia 20 tahun yang bersuara lembut itu kepada AFP pada Khamis dari kedai setanggi di ibu kota di mana beliau bekerja bersama ibunya.

“Saya akan bekerja keras untuk membayar kerosakan,” ujarnya.

Tidak ada orang yang cedera dalam perlanggar­an itu tetapi Lin menanggung bil yang begitu mahal sekali kerana insurans keretanya mempunyai had ke atas pembayaran.

Media tempatan memetik penjual kereta Ferrari di Taipei sebagai berkata kos memperbaik­i kenderaan tersebut boleh mencecah NT$12 juta (RM1.56 juta) – jumlah yang akan mengambil masa berdekad-dekad untuk dibayar oleh Lin.

Namun rakyat jelata telah berpusu-pusu untuk membantuny­a. Pihak berkuasa bandar raya berkata satu tabung yang disediakan untuk menerima derma setakat ini sudah memperoleh­i NT$814,000 (RM105,600).

Kebanyakan mereka yang memberi derma mendapat inspirasi daripada perbanding­an di antara kehidupan pemilik Ferrari yang mewah dengan lelaki yang dibebani kerja berlebihan dan melanggar kereta mereka.

Lin berkata beliau terpaksa berhenti belajar di kolej pada musim panas ini untuk membantu ibunya mengurus kedai setanggi mereka – bapanya meninggal dunia kira-kira lima tahun lalu.

Beliau juga mempunyai pekerjaan kedua di sebuah restoran barbeku berdekatan.

Pada hari kemalangan, ibu Lin bercerita, anaknya telah bekerja syif di restoran itu sehingga jam 3 pagi, tidur seketika dan kemudian mula menghantar barang sekitar jam 5 pagi kerana ibu itu tidak rasa sihat.

Ibunya, yang hanya memberikan nama keluargany­a, berkata beliau terkejut apabila beliau mengetahui anaknya telah melanggar tiga kereta mewah.

“Saya memberitah­unya bahawa apa yang telah berlaku sudah berlaku dan kami akan sama-sama menghadapi­nya,” katanya kepada AFP.

Sejak itu jiran-jiran telah singgah dengan van penghantar­an mereka sendiri untuk memastikan perniagaan itu terus berjalan manakala seorang lelaki menaiki bas selama tiga jam untuk menghantar derma ke kedai keluarga itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia