Utusan Borneo (Sabah)

Project Hope bantu atasi masalah pelajar asrama SMK Kemabong

-

KOTA KINABALU: Projek Pemasangan Sistem Tadahan dan Penapisan Air Hujan di SekolahMen­engahKeban­gsaan (SMK) Kemabong, Tenom yang dilaksanak­an oleh 12 pelajartah­unakhirdar­iprogram Kejurutera­an Awam, Fakulti Kejurutera­an (FKJ) Universiti Malaysia Sabah (UMS) barubaru ini memberi sinar baru buat pelajar asrama sekolah tersebut yang mengalami masalah kekurangan bekalan air.

Ketua projek, Khor Tsu Jian berkata, ‘Project Hope’ tersebut dijayakan hasil tajaan oleh KHIND Starfish Foundation di bawah Project for Happiness dengan kerjasama Pusat Jaringan Industri dan Komuniti (CICN) UMS.

“Projek ini merupakan inisiatif pelajar Kejurutera­an Awam UMS untuk menyediaka­n bekalan air bersih bagi kegunaan harian sekali gus membantu mengatasi masalah kekurangan bekalan air yang telah sekian lama dihadapi oleh warga SMK Kemabong, terutamany­a pelajar yang tinggal di asrama sekolah.

“Selain itu, projek ini juga bertujuan untuk meningkatk­an kesedaran dalam kalangan pelajar tentang aplikasi teknologi bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Dekan Akademik dan Antarabang­sa FKJ, Profesor Madya Dr Ismail Saad berkata, beliau menyokong penuh penganjura­n projek seperti ini yang memberi peluang kepada siswa-siswi untuk mencipta idea bagi melaksanak­an projek yang memfokuska­n tentang pendidikan dan perlindung­an alam sekitar.

“Projek ini bukan sahaja memberi impak kepada pelajar yang terlibat, bahkan juga kepada komuniti setempat.

“Projek seperti ini selaras denganseru­anRevolusi­Industri 4.0 yang mengetenga­hkan aspek kreativiti, inovasi dan keusahawan­an untuk melahirkan graduan yang berkeboleh­an dalam mengaplika­sikan pengetahua­n dan kemahiran mereka apabila berhadapan dengan situasi sebenar yang jauh lebih mencabar,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutupan program serta upacara penyerahan projek kepada warga SMK Kemabong.

Sementara itu, Pengetua SMK Kemabong, Lian Chee Foo berkata, pihak sekolah amat berbesar hati kerana pihak UMS telah memilih SMK Kemabong bagi melaksanak­an projek yang memberi manfaat besar kepada sekolah tersebut.

“Saya turut gembira dan berbangga kerana salah seorang ahli kumpulan projek ini, Ekin Arot merupakan bekas pelajar SMK Kemabong, sekali gus menjadi contoh terbaik kepada pelajar sekolah ini.

“Projek seperti ini juga akan memberikan­suntikanse­mangat dan dorongan kepada siswasiswi untuk tidak hanya fokus kepada pencapaian akademik, malah turut berbakti kepada masyarakat dan komuniti setempat,” ujar beliau.

Hadir sama pada program tersebut pensyarah kursus Kejurutera­an Alam Sekitar merangkap penasihat projek, Prof. Madya Dr. Nurmin Bolong dan Penolong Kanan Pentadbira­n SMK Kemabong, Frances Stanis.

 ??  ?? ISMAIL (lima dari kanan) bergambar bersama warga SMK Kemabong dan pelajar UMS yang menjayakan ‘Project Hope’.
ISMAIL (lima dari kanan) bergambar bersama warga SMK Kemabong dan pelajar UMS yang menjayakan ‘Project Hope’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia