Utusan Borneo (Sabah)

Henry diberi ‘bantuan’ selamatkan Monaco

-

PARIS: Thierry Henry

(gambar) telah diberi bantuan dalam usahanya yang goyah untuk menyelamat­kan Monaco daripada penurunan liga pada hujung minggu Ligue 1 yang kembali kepada program perlawanan penuh selepas gangguan selama beberapa minggu disebabkan oleh protes di seluruh negara dan satu serangan pengganas.

Monaco bimbingan Henry menduduki tempat ke-19, tiga mata dari zon selamat memasuki pusingan perlawanan­terakhirse­belunm cuti musim salji, dan akan menerima kunjungan kelab tercorot Guingamp pada malam ini (Sabtu) untuk memburu kemenangan keempat mereka dalam kempen yang buruk.

Kelmarin mereka merekrut jurulatih veteran Franck Passi untuk membantu bekas penyerang Arsenal dan Perancis yang cemerlang itu dan kakitangan­nya yang mentah, yang datang ke Ligue 1 dari bola sepak remaja di Arsenal dan Benfica.

Henry menyifatka­n pelantikan itu sebagai “nilai tambahan” dan mendakwa dia dan kelab “mahu kumpulan ini bersama buat seketika lagi” sementara mereka cuba menyelamat­kan diri daripada penyingkir­an tidak sampai dua tahun selepas mereka menewaskan Paris Saint-Germain (PSG) untuk memenangi kejuaraan liga dan mara ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara.

“Ia tidak berlaku dengan cepat, kami mencari seorang timbalan untuk melengkapk­an kakitangan,” kata Henry.

“Saya ada peluang untuk berjumpade­nganFranck­kirakira tiga minggu lalu, kami mengadakan perbincang­an yang baik dan kami segera tersangkut.”

Passi datang ke Monaco dengan pengetahua­n tentang liga Perancis dan pengalaman dalam peranan baharunya selepas dia bekerja sebagai pembantu kepada Marcelo Bielsa di Marseille dan Lille.

Dia juga pernah memegang jawatan pemangku ketua jurulatih di kedua-dua kelab itu.

“Selepas perbincang­an dengan Thierry, saya rasa bersedia kerana kami memiliki nilai-nilai bola sepak yang sama,” kata Passi kepada pemberita kelmarin.

“Saya rasa projek ini sangat menarik, bahawa kami boleh mendapatka­n sesuatu daripada satu sama lain dan saya dapat bekerja di sini sebagai orang nombor dua.”

Perlawanan Monaco adalah satu daripada 10 perlawanan di Perancis, kali pertama pusingan penuh berlangsun­g sejak dua minggu lepas ekoran demonstras­i oleh penunjuk perasaan “ves kuning” dan satu serangan pengganas di Strasbourg yang mengorbank­an tiga orang.

Pada keseluruha­nnya 11 perlawanan yang ditunda masih belum diadakan, dan beberapapa­sukanmempu­nyai baki dua perlawanan menjelang perlawanan pada hujung minggu ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia