Utusan Borneo (Sabah)

tHe Spring Bintulu pelbagaika­n pilihan beli-belah penduduk

Mulakan operasi 17 Disember lalu dan sambutan pembukaan besar-besaran pada 18 Januari 2019

-

BINTULU: Pusat beli-belah gaya hidup serantau hanya yang pertama di Bintulu iaitu tHe Spring Bintulu kini membuka pintunya untuk pengunjung membeli-belah sejak Isnin (17 Disember) lalu sekali gus telah menetapkan sambutan pembukaan besarbesar­annya kepada umum pada 18 Januari (Jumaat) 2019 tahun depan.

Sempena perayaan Krismas, tHe Spring Bintulu bersama Kuvings Whole Sloe Juicers membawa para pembeli untjuk menikmati `Garden of Dreams’ yang mengalu-alukan kehadiran para pengunjung di Centre Court yang dihiasi dengan Unicorn berwarna-warni (kuda bertanduk) di antara pokokpokok Krismas dihiasi dengan cendawan mekar dan perhiasan perayaan.

Buat pertama kalinya pelanggan di Bintulu merasai pengalaman peruncitan yang unik semasa mengunjung­i tHe Spring seperti juga dalam pengalaman­samayangdi­berikan oleh tHe Spring di Kuching.

Penduduk Bintulu kini boleh menikmati satu daripada dekorasi Krismas seumpamany­a dengan latar belakang sempurna untuk merakam rakaman instaspira­si dan membolehka­n mereka menikmati aktiviti perayaan serta hiburan yang disenaraik­an pada sambutan Krismas ini.

Orang ramai juga akan dapat membeli-belah dalam pembukaan premis jenama kegemaran antarabang­sa di tHe Spring Bintulu pada musim perayaan ini. H&M membuka premis pertamanya semalam (20 Disember) yang menawarkan barangan fesyen berkualiti terbesar dengan harga terbaik berterusan dan menampilka­n koleksi percutian yang selesa dan glamor menjadikan musim perayaan ini lebih bergaya.

Parkson juga menbuka premisnya yang ke-45 yang merupakan `department­al store’ yang pertama di bandar Bintulu. Ia mewakili mercu tanda pusat beli-belah terbaharu yang menawarkan pelbagai pilihan barangan fesyen pakaian, kasut, beg tangan, wangian, barangan bayi dan kanak-kanak serta barangan rumah.

Ciri-ciri menarik lain di `department­al store’ ini selain daripada yang lain di Sarawak adalah Taman Permainan Kanak-kanak dalaman yang ditempatka­n di tengah-tengah `Kid’s Deparment’ yang mana ibu bapa dan datuk nenek boleh merehatkan kaki mereka sementara menunggu anakanak atau cucu-cucu mereka bermain di taman permainan terbabit.

Di samping itu sebuah lagi premis iaitu Ta Kiong akan membuka perniagaan­nya di pusat beli-belah tersebut pada hari ini (Jumaat) menawarkan jualan produk-produk import terbesar dengan harga berpatutan. Jenama lain yang telah membuka perniagaan mereka ialah SaSa, The Faceshop, Watsons, Popular Bookstore dan Molly Fantasy.

Pembeli boleh menikmati percutian membeli-belah mereka di tHe Spring Bintulu yang akan memberikan ganjaran kepada pembeli dengan penebusan hadiah Krismas eksklusif. Bagi pembeli yang membelanja­kan wang RM150 dan ke atas, pusat beli-belah itu akan menerima ganjaran hadiah pilihan daripada tHe Spring’s Gift Wrappin Paper dengan Cetak Foto Pica Pica, SaSa Au Fairy Masks dan set L’Occitane Petit Shea Comfort Gift.

Pembeli juga boleh menikmati sebahagian besar cuti dengan menyertai aktiviti hujung minggu perayaan di pusat belibelah itu antaranya menyertai pertanding­an mewarna dan dekorasi dan bengkel kraf krismas. Keterangan lanjut mengenai aktiviti di tHe Spring Bintulu’s Garden of Dreams boleh hubungi Perkhidmat­an Pelanggan di talian 082344820.

Dalam perkembang­an lain dengan sasaran pembukaan kedai peruncitan sekitar 90 peratus, tHe Spring Bintulu yang dimiliki bersama Sarawak Land (Kemena) Park Sdn Bhd dan Benlong Realty Sdn Bhd mendedahka­n penyewa utamanya Parkson dan penyewa lainnya pula terdiri daripada Uniqlo, MBO Cinema dan Ta Kiong Supermarke­t.

Lokasi utamanya di pusat bandar berhadapan dengan laut, pusat beli-belah yang berkos RM245 juta itu mempunyai ruang peruncitan seluas 390,000 kaki persegi yang boleh menampung sehingga 127 kedai peruncitan dengan membawa perniagaan jenama fesyen dan barangan kecantikan antarabang­sa, lebih banyak kedai makan dan pilihan hiburan untuk diterokai oleh pengunjung.

Kelebihan lain yang terdapat pada pusat beli-belah dua tingkat tHe Spring ialah mempunyai 1,317 parkir untuk kereta dan motosikal, tebingan esplaned untuk acara-acara besar pusat beli-belah dan medan selera yang memiliki 686 tempat duduk, memberikan sudut pandang yang menawarkan panorama indah di Laut China Selatan di kawasan terbuka.

Seorang pengunjung yang merasai pengalaman pertama kali menjamu selera di Medan Selera pusat beli-belah terbabit menyifatka­n ruang makannya amat istimewa, luas dan menarik.

“Saya seolah-olah berada di pusat beli-belah di Kuching serta sama seperti medan selera di Kuching tetapi ruang untuk penyediaan dan penjualan minuman untuk pengunjung yang makan di situ perlu diperbanya­kkan supaya pada waktuterte­ntupengunj­ungtidak terlalu lama beratur panjang untuk mendapatka­n minuman mereka,” kata pengunjung yang enggan dinamakan.

Pusat beli-belah ini bakal menawarkan 1,000 pekerjaan dalam industri peruncitan dan menjangkak­an akan menerima sekitar tiga juta pengunjung pada tahun pertama dan menyasarka­n peningkata­n seterusnya berikutan Bintulu disambungk­an oleh hubungan laluan antarabang­sa menerusi penerbanga­n terus dari Singapura.

The Spring Management Services (Bintulu) Sdn Bhd akan menguruska­n pusat beli-belah gaya hidup dengan matlamatny­a untuk menyediaka­n jenama unik tHe Spring untuk pengalaman beli-belah menarik kepada pengunjung­nya.

 ??  ?? DEKORASI menarik pokok-pokok Krismas dan unicorn di Centre Court tHe Spring Bintulu.
DEKORASI menarik pokok-pokok Krismas dan unicorn di Centre Court tHe Spring Bintulu.
 ??  ?? MEDAN Selera di tingkat dua tHe Spring Bintulu yang menempatka­n tempat makan kepada pengunjung memberikan sudut pemandanga­n menarik, panorama indah di Laut China Selatan di kawasan terbuka.
MEDAN Selera di tingkat dua tHe Spring Bintulu yang menempatka­n tempat makan kepada pengunjung memberikan sudut pemandanga­n menarik, panorama indah di Laut China Selatan di kawasan terbuka.
 ??  ?? MEDAN Selera yang menyediaka­n 686 tempat duduk untuk para pengunjung yang ingin menjamu selera di tHe Spring Bintulu.
MEDAN Selera yang menyediaka­n 686 tempat duduk untuk para pengunjung yang ingin menjamu selera di tHe Spring Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia