Utusan Borneo (Sabah)

mirukut Sabda laksana konsep rukut bantu masyarakat

-

MASALAH ekonomi yang dihadapi oleh masyarakat luar bandar, kehidupan yang semakin membebanka­n dengan kenaikan harga barang, sumber pendapatan yang menurun kerana harga getah dan sawit yang rendah memberikan inspirasi kepada seorang aktivis masyarakat, MASLAN MAGINDA untuk menubuhkan Persatuan Pembanguna­n Bumiputera Sabah atau Sabah Bumiputera Developmen­t Associatio­n (Sabda). Kewujudan Sabda pada masa ini adalah untuk membantu masyarakat luar bandar untuk menaikkan taraf ekonomi mereka dengan membantu menyediaka­n satu modal perniagaan secara percuma serta menyediaka­n harga lantai untuk getah sebanyak RM 4.00-RM7.00 sekilo dan sawit pada harga RM1.40 sekilo. Sabda mengamalka­n konsep mirukut-rukut untuk melaksanak­an program yang sudah di rancang, ini juga dapat membantu pihak kerajaan untuk meningkatk­n ekonomi di masa akan datang, kata Maslan. Wartawan Utusan Borneo, ABD.NADDIN HAJI SHAIDDIN sempat menemubual

MASLAN MAGINDA mengenai NGO yang ditubuhkan­nya. Ikuti petikan temubual bersama Presiden Sabda yang diadakan di sebuah premis di Jalan Pantai, Kota Kinabalu. UTUSAN BORNEO (UB): Bolehkah tuan jelaskan apa makna Sabda? MASLAN MAGINDA (MM): Sabda adalah singkatan nama Sabah Bumiputera Developmen­t Associatio­n.

UB: Apakah Sabda ini berdaftar dengan agensi kerajaan?

MM: Ya, Sabda berdaftar dengan ROS.

UB: Apakah Sabda ini sebuah badan NGO atau badan kerajaan? MM: Sabda adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO).

UB: Apakah matlamat Sabda?

MM: Matlamat Sabda adalah membantu masyarakat luar bandar untuk menyediaka­n modal perniagaan secara percuma.

UB: Apakah modal yang Sabda bagi itu perlu dibayar semula? MM: Modal perniagaan yang Sabda bagi itu tidak perlu dibayar balik.

UB: Apakah konsep yang digunakan oleh Sabda ? MM: Konsep yang Sabda gunakan adalah Mirukutruk­ut atau perkongsia­n.

UB: Siapakah yang layak menjadi ahli Sabda?

MM: Ada dua kelompok yang boleh menjadi ahli Sabda. Kelompok pertama ialah kakitangan kerajaan, berkerja sendiri, peniaga dan badan korporat manakala kelompok kedua ialah OKU dan miskin tegar atau golongan kurang atau berkemampu­an.

UB: Apa syarat untuk menjadi ahli Sabda ? MM: Bumiputera atau pemegang Mykad Sabah yang sah.

UB: Apakah kelebihan menjadi ahli Sabda ?

MM: Kelebihan menjadi ahli Sabda ialah mereka layak memohon modal perniagaan secara percuma.

UB: Berapakah jumlah modal yang boleh dipohon oleh ahli ?

MM: Ahli yang membayar yuran seumur hidup RM227 boleh memohon modal sebanyak RM 20,000 - RM 100,000. Ahli yang membayar yuran RM 57 boleh memohon modal perniagaan sebanyak RM 5000-RM 15’000. Ahli yang bayar yuran RM 37 boleh memohon modal sebanyak RM 2000 hingga RM 5000.

UB: Berapa lama baru boleh memohon modal perniagaan? MM: Setelah mencapai 3000 orang dalam satu group.

UB: Berapa banyak rukutan setiap ahli ?

MM: Setiap ahli hanya perlu bayar rukutan sebanyak RM130 sehingga RM 390.

UB: Bagaimana cara pemberian modal perniagaan kepada ahli ?

MM: Cara pemberian modal dibuat secara group iaitu setiap group mempunyai 3000 orang.

UB: Dalam satu bulan berapa ramai ahli mendapat modal perniagaan ?

MM: Dalam satu bulan, Sabda boleh bagi 640 ahli modal perniagaan mengikut jumlah rukutan.

UB: Berapa lama semua 3000 ahli mendapat modal perniagaan ? MM: Dalam 134 hari semua 3000 ahli akan dapat modal perniagaan.

UB: Berapa kalikah ahli boleh memohon modal perniagaan?

MM: Tiada limit atau had, yang penting phase pertama selesai.

UB: Apakah tindakan Sabda jika ada ahli yang keluar atau lari setelah mendapat modal perniagaan ? MM: Tiada tindakan diambil, cuma tertutup pintu selamanya kepada ahli yang berkenaan.

UB: Apakah jenis-jenis perkhidmat­an dan kebaikan menjadi ahli Sabda ?

MM: Antara perkhidmat­an dan kemudahan yang ditawarkan oleh Sabda adalah seperti membiayai sebahagian perbelanja­an perkahwina­n pertama atau yang berstatus duda dan bujang tua sahaja.

Selain itu, memberi bantuan kebajikan kepada sekolah swasta , biasiswa pendidikan, kemudahan awam, membina gereja, membina rumah kediaman, umrah haji, membina surau, bantuan perayaan hari raya, krismas, tahun baru dan pesta menuai.

UB: Bagaimanak­ah cara Sabda membantu ahli jika memohon bantuan dan sumbangan, jika ada yang memerlukan?

MM: Pihak Sabda akan membuat rukutan kepada semua ahli seluruh Sabah apabila ada ahli memohon kebajikan atau sumbangan mengikut jumlah yang diperlukan.

UB: Sabda masuk dalam kelompok kategori mana dalam pertubuhan ? MM: Sabda termasuk dalam kategori kebajikan.

UB: Bagaimanak­ah Sabda menjangkau ahli di seluruh

Sabah ?

MM: Setiap wilayah, zon, kawasan dan kampung mempunyai pegawaipeg­awai yang dilantik oleh Sabda Pusat untuk memperkena­lkan Sabda kepada masyarakat luar bandar.

UB: Apakah pegawaipeg­awai yang dilantik itu dibayar gaji atau elaun?

MM: Pegawai-pegawai ini tidak dibayar gaji atau elaun tetapi mereka akan diberikan perniagaan di setiap zon dan keuntungan perniagaan itu adalah menjadi kepunyaan pegawai-pegawai setiap zon di samping mendapat modal percuma daripada konsep mirukut-rukut.

UB: Apakah Sabda menyediaka­n pejabat perhubunga­n di setiap zon, dan siapa yang membayar sewa pejabat berkenaan ?

MM: Setiap zon pejabat perhubunga­n Sabda akan disediakan dengan sewa dan akan dibayar sendiri oleh ahli-ahli dalam zon berkenaan secara mirukutruk­ut.

UB: Siapakah yang menyimpan wang yang dikumpul hasil daripada ruku tan, perniagaan dan hasil aktiviti di setiap zon?

MM: Setiap zon akan membuka akaun bersama antara pengarah, setiausaha dan bendahari untuk menyimpan wang rukutan, perniagaan dan hasil daripada aktiviti yang dijalankan oleh ahli-ahli di setiap zon.

UB: Apakah alternatif tertentu yang Sabda boleh buat untuk membantu ahli meningkatk­an ekonomi mereka terutama penoreh getah dan pengusaha ladang kelapa sawit ?

MM: Setiap ahli yang menjadi rakan Sabda akan mendapat tawaran harga komoditi seperti getah dan kelapa sawit sebanyak RM 4.00 - RM 7.00 sekilo untuk getah dan RM 1.40 sekilo bagi kelapa sawit.

UB: Adakah Sabda ini menyediaka­n pinjaman kepada ahlinya ?

MM: Sabda tidak menyediaka­n pinjaman kepada ahlinya tapi menyediaka­n modal kepada ahli secara percuma.

UB: Dari manakah Sabda mendapat modal perniagaan untuk di berikan kepada ahliahliny­a ?

MM: Sabda mendapat modal perniagaan untuk diberikan kepada ahlinya melalui rukut-rukut sesama ahli, melalui sumbangan, melalui perniagaan Sabda, sumbangan pihak luar, kerajaan, melalui aktiviti, seminar dan kerja amal.

UB: Apakah perancanga­n masa depan Sabda ? MM: Sabda mempunyai perancanga­n untuk membuat bandar Sabda di seluruh Sabah yang dilengkapi kemudahan seperti Bank Sabda, kilang-kilang, telefon mudah alih sendiri dan permotoran jenama Sabda.

UB: Berapa ramai lembaga pembuat keputusan dalam Sabda dan pengarahpe­ngarah pelaksana ?

MM: Sabda mempunyai 5 orang pembuat keputusan utama iaitu presiden, timbalan presiden, setiausaha, timbalan setiausaha dan bendahari dan mempunyai 16 ahli lembaga pelaksana.

UB: Apakah 21 Ahli Lembaga ini dibayar gaji atau elaun, dan berapa orang yang wajib dibayar gaji untuk tugas-tugas pejabat dan apakah gaji ini kekal setelah pembayaran elaun dimulakan kepada semua Ahli Lembaga di masa akan datang ?

MM: 21 Ahli Lembaga ini akan dibayar elaun atau gaji setelah kewangan Sabda sudah kukuh dan seorang ahli lembaga wajib dibayar gaji untuk membuat kerjakerja pejabat dan gaji ini akan dimansuhka­n pada satu masa yang ditetapkan bila pembayaran elaun dimulakan kepada semua ahli lembaga.

UB:Apakah Sabda akan membayar wang simpanan pekerja ( KWSP ) atau insuran pekerja atau socso kepada ahli lembaganya dan bila ianya dibayar ? MM: Ya, Sabda akan membayar wang simpanan pekerja (KWSP), insuran atau socso kepada setiap Ahli Lembaga bila kewangan Sabda sudah kukuh.

UB: Apakah slogan Sabda?

MM: Slogan Sabda ialah ‘Kita Bersatu, Kita Berjaya, Kita Maju.

UB: Apakah falsafah Sabda?

MM: Falsafah Sabda ialah ‘Jangan kita jadi hamba wang, biar wang jadi hamba kita.’

UB: Apakah Sabda mempunyai prinsip dalam pelaksanaa­n segala amanah yang dikehendak­i oleh semua ahli-ahli dan masyarakat untuk tidak berlaku sebarang kerugian kepada Sabda ? UB: Ya, Sabda mempunyai 6 prinsip untuk menjadi pegangan kepada semua ahli lembaga dalam melaksanak­an amanah yang dipercayak­an oleh ahli dan masyarakat kepada ahli lembaganya.

UB: Boleh ceritakan bagaimana tuan mendapat inspirasi menubuhkan Sabda?

MM: Insprisi penubuhan Sabda berlaku disebabkan masalah ekonomi masyarakat luar bandar yang semakin menyusahka­n kehidupan mereka disebabkan kenaikan harga barang keperluan. Selain itu,sumber ekonomi mereka juga menurun kerana harga getah dan sawit terlalu rendah.

Kewujudan Sabda pada masa ini adalah untuk membantu masyarakat luar bandar untuk menaikkan taraf ekonomi mereka. Sabda mengamalka­n konsep mirukut-rukut untuk melaksanak­an program yang sudah dirancang.

Ini juga dapat membantu pihak kerajaan untuk meningkatk­an ekonomi di masa akan datang.

UB: Berapa ahli Sabda?

MM:Setakat ini 569 ahli. Sasaran ahli Sabda menjelang tahun 2019 adalah mencapai 3000-10,000 ribu ahli supaya konsep mirukut dapat dilaksanak­an.

 ??  ?? MASLAN MAGINDA dilahirkan di Kampung Teringgai Laut, Kota Marudu pada 12 Oktober 1975
Anak ketiga dalam keluarga ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah SK Temuno Teringgai Darat Kota Marudu sebelum meneruskan sekolah di Sekolah Menengah Advent Goshen Kota Marudu seterusnya ke Sekolah Menengah Vokasional Kudat.
Selepas lulus Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV),beliau mengikuti pelbagai kursus kemahiran. Maslan memiliki Sijil Kemahiran Malaysia dan Teknologi Binaan Bangunan.
Beliau juga memiliki Diploma Sains Politik dari University of Singapore. Beliau juga pernah mengikuti Kursus Perkhidmat­an awam Pengurusan pentadbira­n sosio-ekonomi di University of Singapore.
Beliau mendirikan rumah tangga dengan Marylyanah @ Rose binti Yanggor dan dikurniaka­n tiga cahayamata.
MASLAN MAGINDA dilahirkan di Kampung Teringgai Laut, Kota Marudu pada 12 Oktober 1975 Anak ketiga dalam keluarga ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah SK Temuno Teringgai Darat Kota Marudu sebelum meneruskan sekolah di Sekolah Menengah Advent Goshen Kota Marudu seterusnya ke Sekolah Menengah Vokasional Kudat. Selepas lulus Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV),beliau mengikuti pelbagai kursus kemahiran. Maslan memiliki Sijil Kemahiran Malaysia dan Teknologi Binaan Bangunan. Beliau juga memiliki Diploma Sains Politik dari University of Singapore. Beliau juga pernah mengikuti Kursus Perkhidmat­an awam Pengurusan pentadbira­n sosio-ekonomi di University of Singapore. Beliau mendirikan rumah tangga dengan Marylyanah @ Rose binti Yanggor dan dikurniaka­n tiga cahayamata.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia