Utusan Borneo (Sabah)

TNB akan umum butiran projek jalur lebar pada januari 2019

-

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) akan mengumumka­n butiran mengenai rancangann­ya untuk memasuki pasaran perkhidmat­an jalur lebar pada Januari.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Ir Azman Mohd berkata, TNB sedang dalam proses menmbentan­gkankan rancangann­ya kepada kementeria­n yang berkaitan.

“Saya fikir anda akan mendengar lebih lanjut mengenai ini (butiran projek) pada Januari,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Hari Integriti TNB 2018 di sini, pada Rabu.

TNB merancang untuk memasuki pasaran jalur lebar dengan menggunaka­n rangkaian fiber optik sedia ada di seluruh negara dan kini sedangmenj­alankanpro­jek perintis di Melaka.

Azman berkata, projek perintis tersebut akan siap pada akhir Disember dan syarikat akan menilai keputusann­ya.

“Saya akan mengatakan bahawa projek berkenaan secara teknikal telah berjaya. Bagaimanap­un, tidak akan ada lagi projek perintis,” katanya.

Sementara itu, TNB juga melancarka­n buku panduan ‘Sistem Pengurusan Integriti Korporat TNB’ (TCIMS) sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengukuhka­n integriti dalam kalangan pekerjanya.

Buku panduan itu dilancarka­n Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Isnaraissa­h Munirah Majilis sempena Hari Integriti TNB.

“Kerajaan berbangga denganinis­iatifTNBda­lam membangunk­an TCIMS untuk meningkatk­an integriti dan tadbir urus dalam kalangan pekerjanya dan semua pihak yang terlibat dengannya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia