Utusan Borneo (Sabah)

Sektor pengangkut­an sasaran PH untuk diperbahar­ui

Sasaran utama kerajaan PH untuk ‘diperbahar­ui’, projek mega ditangguh

-

KUALA LUMPUR: Sektor pengangkut­an awam tempatan melalui perubahan yang besar pada 2018 apabila menjadi satu daripada bidang sasaran utama yang telah dikenal pasti oleh kerajaan baharu untuk ‘diperbahar­ui’.

Banyak projek mega pengangkut­an yang dimulakan oleh kerajaan sebelum ini sama ada ditangguhk­an atau dinilai semula selepas Pakatan Harapan mengambil alih pemerintah­an negara daripada Barisan Nasional susulan kemenangan bersejarah mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 pada Mei.

Ia, antara lainnya, termasukla­h projek Kereta Api Berkelajua­n Tinggi MalaysiaSi­ngapura, Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), dan Transit Aliran Berkapasit­i Tinggi (MRT).

Ketika rundingan dalam kalangan pihak-pihak berkaitan masih berjalan, ECRL merupakan satusatuny­a projek mega yang masa depannya masih lagi tidak pasti, manakala yang lain telah ditangguhk­an apabila Putrajaya menyatakan ia kekurangan dana untuk meneruskan projek itu mengikut tarikh asal yang dicadangka­n.

Menteri Pengangkut­an Anthony Loke Siew Fook baru-baru ini berkata projek ECRL, laluan kereta api yang menghubung­kan Pelabuhan Klang di Selat Melaka ke Pengkalan Kubor di Kelantan, masih tertakluk kepada kajian semula oleh Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi.

“Masih belum ada kata putus akhir lagi, kerana mereka masih melihat kepada faktorfakt­or seperti kos dan implikasi lain.

“Buat masa sekarang, kita hanya perlu menunggu kajian semula itu,” beliau dipetik sebagai berkata dalam satu laporan.

Bagi MRT 3, kerajaan masih belum mengenal pasti masa yang sesuai untuk memulakan projek tersebut disebabkan kekangan kewangan dan malahan kos projek MRT 2 telah dikurangka­n kepada RM30.53 bilion daripada RM56.93 bilion menerusi penguranga­n bilangan stesen yang akan dibina daripada rancangan asal 35 kepada 33, serta kos bagi bahagian bawah tanah.

Berdasarka­n kepada perangkaan, Laluan 1 MRT yang sedia ada merekodkan 146,842 penumpang daripada kapasiti 450,000 antara Januari dan Mei tahun ini.

Loke berkata penangguha­n projek MRT 3 memberikan peluang kepada kerajaan untuk menyemak semula keutamaan belanjawan­nya seperti memberi tumpuan menambah baik perkhidmat­an bas dan pembanguna­n prasarana di seluruh negara.

Menurutnya, Kementeria­n Pengangkut­an tidak berhasrat untuk memansuhka­n perkhidmat­an bas pengantara MRT buat masa sekarang, sebaliknya ia merancang menyepaduk­annya dengan perkhidmat­an bas lain, serta melancarka­n pas bulanan pada tahun depan.

Beliau melihat keperluan untuk lebih banyak melabur dalam pengangkut­an awam dan penyepadua­n MRT dengan sistem bas transit bagi menyediaka­n perkhidmat­an yang lebih baik di kawasan berdekatan stesen.

Bagaimanap­un, kekurangan sistem pengangkut­an awam yang lancar merupakan satu masalah berterusan di bandarband­ar besar di seluruh negara dan bukan hanya terhad di Lembah Klang sahaja.

Justeru, satu kaedah lebih praktikal untuk menambah baik pengangkut­an awam di kawasan-kawasan ini adalah dengan menyediaka­n lebih banyak perkhidmat­an bas.

Mengenai pas perjalanan tanpa had berjumlah RM100 bagi semua perkhidmat­an kereta api seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019, ia hanya boleh dibeli oleh rakyat Malaysia menerusi MyKad dan MyTentera bagi memastikan hanya rakyat Malaysia yang mendapat manfaat daripadany­a.

Bagi perkhidmat­an e-hailing, kerajaan mengumumka­n bahawa penyedia perkhidmat­an akan dikawal selia di bawah Akta Pengangkut­an Awam Darat (Pindaan) 2017 dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n (Pindaan) 2017.

Bermula 12 Julai, semua syarikat e-hailing perlu mendaftar dengan Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD) sebagai perniagaan pengantara­an dan membayar yuran bulanan RM115 seperti pemandu teksi.

Berikutan aduan daripada pemandu teksi dan pemandu ehailing, SPAD telah merangka terma dan syarat yang terpakai kepada perniagaan pengantara­an dan pemandu e-hailing.

Langkah itu juga sejajar dengan industri teksi yang melibatkan syarat-syarat untuk memohon lesen, kenderaan, kelayakan pemandu dan operasi.

Susulan penggabung­an Grab dan Uber pada Mac, kerajaan juga akan mengkaji semula sebarang elemen monopoli dalam perkhidmat­an ehailing menerusi Suruhanjay­a Persaingan Malaysia.

Mengulas mengenai sektor pengangkut­an awam, Penganalis Penyelidik­an MIDF Amanah Investment Bank Bhd Adam Mohamed Rahim berkata penyiapan Laluan 1 MRT dan lanjutan laluan Transit Aliran Ringan (LRT) telah memberi kesan kepada pertumbuha­n trafik di Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP) dan Lebuh Raya SPRINT.

Ini dicerminka­n menerusi penguranga­n hasil tol yang dilaporkan oleh pengendali lebuh raya Lingkaran Trans Kota Holdings Bhd (LITRAK) dalam separuh pertama tahun ini yang kurang 1.85 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

“Kami merasakan bahawa cadangan subsidi petrol RON 95 bagi pemilik kereta dengan kapasiti enjin 1,500 cc dan ke bawah, yang dibentangk­an semasa Belanjawan 2019, boleh mendorong orang untuk beralih memilih menggunaka­n MRT dan LRT dan justeru itu, mengehadka­n kemampatan pertumbuha­n trafik jalan raya,” katanya kepada Bernama.

Firma penyelidik­an itu berpendapa­t pas tanpa had 30 hari bagi kereta api dan bas Rapid itu akan meningkatk­an penggunaan pengangkut­an awam, terutamany­a di Lembah Klang.

“Dengan mengambil kira ini, kami mengunjurk­an kenaikan hanya 0.3 peratus dan 1.5 peratus tahun ke tahun dalam kuantiti trafik bagi LDP dan SPRINT dan ini adalah berdasarka­n aliran masuk pemain penghantar­an barang berikutan peningkata­n aktiviti e-dagang terutamany­a di Lembah Klang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia