Utusan Borneo (Sabah)

Berbelanja dengan berhemah raikan perayaan: Lukanisman

-

MIRI: Rakyat dinasihatk­an untuk berbelanja dengan berhemah ketika meraikan perayaan.

Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni (gambar) berkata, caranya dengan mengutamak­an keperluan penting ketika membeli-belah.

“Guna semula hiasan sedia ada dan gunakan kreativiti bagi memeriahka­n suasana perayaan.

“Banyak rujukan dan idea yang boleh diperolehi di sosial media,” ujar beliau dalam ucapan sambutan Hari Krismas semalam.

Lukanisman berkata, tahun ini berlaku perubahan besar dalam politik dan pentadbira­n negara.

Pelbagai cabaran bakal ditempuhi terutama dari segi ekonomi yang turut memberi kesan kepada rakyat di seluruh negara.

Tentang sambutan Hari Krismas, beliau mahu perayaan diraikan bersama ahli keluarga, sanak saudara serta rakan taulan dalam suasana ceria dan harmoni.

“Ini adalah peluang bagi merapatkan perhubunga­n keluarga dan persahabat­an.

“Di Sarawak Krismas juga disambut secara rumah terbuka dan masyarakat Kristian menerima kehadiran rakanrakan berbilang kaum bersamasam­a meraikan kemeriahan,” jelasnya.

Selain itu, beliau berharap masyarakat tidak melupakan golongan kurang berkemampu­an dengan menghulurk­an sumbangan agar mereka juga berasa gembira pada perayaan ini.

Kepadamere­kayangberh­asrat balik kampung pada musim perayaan ini, Lukanisman berharap mereka merancang perjalanan dengan teliti.

Mereka perlu memastikan kenderaan dalam keadaan baik, mematuhi peraturan jalan raya agar selamat sampai ke destinasi, katanya.

“Pastikan keadaan rumah yang ditinggalk­an dikunci rapi. Beritahu jiran dan maklumkan pihak polis agar rondaan dapat dilakukan.

“Sekiranya ada, maklumkan juga kepada unit peronda kampung dan perumahan,” tambahnya.

Selain memahami budaya dan tradisi kaum lain, budaya kunjung-mengunjung­i turut menyajikan pelbagai juadah lazat disediakan pada hari perayaan.

Amalan ini memperkuku­hkan semangat toleransi kaum dan agama yang menjadi asas penyatuan rakyat di negeri ini.

“Jadikan Krismas sebagai medan berkongsi kisah sepanjang 2018 dan merancang untuk 2019.

“Semoga Krismas tahun ini dalam keadaan aman dan harmoni serta memberi kegembiraa­n kepada semua yang meraikanny­a,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia