Utusan Borneo (Sabah)

MDS anjur Pesta Saratok 2018 dan Sambutan Ambang Tahun Baharu

-

SARATOK: Majlis Daerah Saratok (MDS) akan menganjurk­an Pesta Saratok 2018 dan Sambutan Ambang Tahun Baharu 2019 selama tiga hari dua malam mulai 29 hingga 31 Disember ini di Dataran Pekan Saratok di sini.

Jurucakap penganjur berkata, pelbagai aktiviti menarik telah disusun atur untuk program berkenaan, antaranya Taklimat iLearn Ace, Pertanding­an Bola Tampar Tertutup dan Jemputan, Pertanding­an KicauanBur­ung,Pertanding­an Badminton, Pertanding­an Petanque Terbuka, Pertanding­an Gudi Saok dan Pertanding­an Sepak Takraw.

Acara tersebut akan berlangsun­g pada sebelah pagi 29 Disember di lokasi berbeza iaitu di Tingkat 1 Perpustaka­an Awam, Dewan SJKC Min Syn, Tapak Letak Kereta (hadapan Masjid), Dewan Masyarakat Sri Krian, Arena Petanque, Padang MDS dan Gelanggang Kampung Melango.

Pada sebelah malam 29 Disember pula akan diadakan Pertanding­an Kilauan Emas Akhir, Pertanding­an Mr Bodysmart Saratok di mana lokasi pertanding­an ini adalah di Tapak Funfair Saratok.

Menurutnya lagi, pada 30 Disember akan diadakan aktiviti jualan, senamrobik dan sukaneka yang akan berlangsun­g di Padang MDS, manakala ‘Strong and Challange,’ Bola Tampar Tertutup, Pertanding­an Badminton,PetanqueTe­rbuka dan Sepak Takraw juga akan diadakan pada hari sama.

“Pada sebelah malam pula akan diadakan Pertanding­an Saratok Idol Peringkat Akhir, saringan Pertanding­an Queen Beauty dan persembaha­n artis jemputan di mana lokasinya adalah di Pentas Funfair Saratok,” ujarnya.

Hari terakhir pesta ini akan diadakan peringkat akhir Pertanding­an Queen Beauty serta majlis penangguha­n Pesta Saratok 2018 dan Sambutan Ambang Tahun Baharu 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia