Utusan Borneo (Sabah)

Empat penumpang gelap ugut kru kapal kargo diberkas

-

LONDON: Empat penumpang gelap yang dilaporkan telah mengugut kru bagi sebuah kapal kargo yang datang dari Nigeria dengan menggunaka­n batang besi telah ditahan kelmarin selepas pihak polis British menaiki kapal da n menahan mereka.

Grande Tema, kapal seberat 71,000 tan yang berlepas dari Lagos pada 10 Disember, telah dinaiki dan dikawal oleh pihak polis pada lewat Jumaat lepas serta dibawa ke pelabuhan destinasin­ya Tilbury di Essex, di timur London, kelmarin.

“Empat orang telah ditangkap di bawah Akta Imigresen,” menurut pasukan polis tempatan Essex.

Campur tangan polis dilakukan berikutan laporan mengenai kebimbanga­n tentang keselamata­n kru selepas beberapa orang ditemui di atas kapal.

“Tiada seorangpun di atas kapal yang mengalami kecederaan.”

Paul Kyprianou, seorang jurucakap bagi pemilik kapal Grimaldi Lines, menyatakan empat orang penumpang gelap itu telah ditemui selepas kapal tersebut mula belayar dari Lagos.

Mereka telah ditahan namun berjaya melepaskan diri mereka sendiri pada Jumaat lepas dan 27 orang anggota kru telah mengurung diri mereka sendiri di bahagian anjung kapal, kata beliau.

“Mereka telah mengugut para kru” dengan batang besi, menurut Kyprianou, sambil menambah bahawa penumpang gelap tersebut mahu kapal menuju dengan sangat rapat ke pantai British.

Kapal tang didaftarka­n di Itali ini membawa kontena dan mesin. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia