Utusan Borneo (Sabah)

Perintah Berkurung 104 berkuat kuasa

-

KOTA KINABALU: Perintah Berkurung baharu nombor 104 berkuat kuasa selama 24 jam bermula jam 6 petang 27 Disember 2018.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata, perintah berkenaan dilanjutka­n di bawah Seksyen 31 (1) Akta Polis 1967.

Katanya, Perintah Berkurung itu akan dilanjutka­n oleh Menteri Dalam Negeri selama 14 hari bermula 28 Disember 2018 hingga 11 Januari 2019 jam 6 petang di bawah Seksyen 31 (4) Akta Polis 1967.

“Dengan berkuatkua­sanya Perintah Berkurung ini orang ramai yang tinggal di kawasan berkenaan dikehendak­i berada di dalam rumah.

“Orang lain juga tidak dibenarkan memasuki atau berada di kawasan yang disytihark­an antara jam 6 petang sehingga 6 pagi pada tarikh yang dinyatakan.

“Perintah Berkurung ini juga meliputi kawasan yang sama dengan Perintah Berkurung nombor 103,” jelasnya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Beliau berkata kawasan terbabit termasukla­h perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatang­an, Sandakan, dan Beluran.

Omar berkata, keperluan untuk meneruskan Perintah Berkurung bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak dicerobohi oleh pengganas.

Selain itu katanya, ia bagi menjamin keselamata­n dan kesejahter­aan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan dan yang berada di daratan kawasan Zon Keselamata­n Pantai Timur Sabah (Esszone).

“Arahan ini juga bagi memudahkan penguatkua­saan dan pemantauan terhadap pergerakan bot serta menimbulka­n rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet dan aktiviti-aktiviti perikanan.

“Saya juga memberi kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah (KPD) Esszone untuk mengeluark­an permit kepada mana-mana pemohon aktiviti perikanan atau laluan yang mendesak,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia