Utusan Borneo (Sabah)

Sembilan pendaki sesat berjaya ditemui selamat

-

GEORGE TOWN: Sembilan pendaki termasuk dua wanita yang dilaporkan sesat ketika mendaki Bukit Bendera petang semalam berjaya ditemui dan dibawa turun dengan selamat awal pagi Rabu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata semua mereka termasuk tiga warga emas itu berjaya ditemui oleh pasukan bomba pada pukul 1.09 pagi dalam kawasan hutan Bukit Bendera.

Sembilan mangsa yang terlibat dikenali sebagai Lim Sang Yang, 51; Cheng Chang Hua, 61; Chan Che Chen, 60; Yap Heng Leong, 39; Ho Cheng Meng, 60; Eng Gin Weh,18, dan Tam Han Gen, 33, serta dua wanita Tan Kah Oii, 24, dan Ambika, 35.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan daripada seorang daripada sembilan individu itu pada pukul 7.27 petang memaklumka­n mereka telah sesat di kawasan Bukit Bendera dan kami terus melancarka­n operasi mencari dan menyelamat.

“Kami berjaya mengesan semua mangsa pukul 1.09 pagi dan mereka juga boleh mendengar isyarat siren dari kami, mangsa kemudianny­a membuat nyalaan unggun api sementara menunggu pasukan penyelamat tiba di lokasi,” katanya di sini pada Rabu.

Menurut jurucakap itu, semua pendaki berjaya dibawa turun ke Dataran Bukit Bendera dengan selamat menggunaka­n kenderaan pacuan empat roda pada pukul 5.20 pagi sebelum operasi mencari dan menyelamat ditamatkan sepenuhnya.

Katanya pemeriksaa­n awal mendapati sembilan pendaki itu dalam keadaan baik, namun keletihan selepas gagal mencari jalan untuk turun.

Sementara itu seorang mangsa, Han Gen berkata mereka mula mendaki Bukit Bendera pada pukul 5 petang dan menggunaka­n laluan pendakian yang selalu digunakan pendaki di situ. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia