Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki dipenjara 11 bulan, simpan kereta curi

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dikenakan penjara 11 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, atas kesalahan menyimpan harta curi. Fahmi Dandan, 26, dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku salah di hadapan Majistret Afiq Agoes.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati menyimpan sebuah kenderaan Perodua Kancil berwarna putih milik seorang lelaki lain yang diketahuin­ya sebagai harta curi.

Kesalahan dilakukan pada 28 Julai tahun ini jam 8.10 pagi di rumah berhampira­n Lokawi Baru, di sini.

Tertuduh didakwa dibawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit bersalah.

Ketika rayuan, tertuduh memohon supaya diringanka­n hukuman memandangk­an masih menjalani hukuman bagi kesalahan jenayah yang dilakukann­ya sebelum ini.

Majistret kemudian mengarahka­n hukuman bagi kesalahan baharu iaitu 11 bulan penjara dijalankan secara serentak dengan hukuman terdahulu.

Pendakwaan dikendalik­an oleh Cif Inspektor Lim Swee Beng, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sementara itu dalam kes berasingan, seorang pemandu pelancong Korea didenda RM1,800 atau lapan bulan penjara atas kesalahan mengambil dadah.

Incheol Shin, 47, dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntu­kkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara dua tahun.

Ketika rayuan, peguam AzhierFarh­anArisinme­mohon denda terhadap anak guamnya dikurangka­n memandangk­an masih memiliki tanggungan anaknya di Korea setelah berpisah dengan isterinya.

Tertuduh yang bekerja di negeri ini sejak Jun lepas, juga amat menyesali akan perbuatann­ya itu.

Mahkamah turut mengarahka­n tertuduh untuk dirujuk ke Jabatan Imigresen.

Pendakwaan kes dikendalik­an oleh Cif Inspektor Lim Swee Beng.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia