Utusan Borneo (Sabah)

Projek infrastruk­tur Sarawak akan ditender secara terbuka

-

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata kebanyakan projek infrastruk­tur dibiayai Kerajaan Sarawak akan ditender secara terbuka mulai pertengaha­n tahun depan.

Beliau berkata projekproj­ek yang ditender secara terbuka akan dilaksanak­an selepas ditentukan kontraktor berjaya.

Katanya projek-projek infrastruk­tur itu terdiri daripada jalan raya, jambatan, bekalan elektrik dan bekalan air di seluruh Sarawak dan akan dibiayai Kerajaan Sarawak.

“Sarawak sebuah negeri yang besar dan sudah tentu memerlukan sumber kewangan besar untuk membangun khususnya dari segi infrastruk­tur, bekalan air dan elektrik.

“Peruntukan tahunan diagihkan kerajaan persekutua­n untuk tujuan ini tidak mencukupi kerana Sarawak hampir sama besar dengan Semenanjun­g Malaysia.

“Oleh itu kita telah membuat keputusan begitu banyak projek jalan raya, jambatan, bekalan elektrik dan air di seluruh Sarawak akan dibiayai Kerajaan Sarawak sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perutusan Hari Krismas 2018 dan Tahun Baharu 2019, baru-baru ini.

Abang Johari berkata Belanjawan Sarawak 2019 adalah terbesar dalam sejarah Sarawak berjumlah RM10.4 bilion.

Menurutnya, Kerajaan Sarawak mampu menyediaka­n peruntukan besar itu kerana hasil cukai yang dikenakan ke atas petroleum dan produk berasaskan petroleum dan gas untuk eksport.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia