Utusan Borneo (Sabah)

Pasar Malam Jalan Brooke akan dipopulark­an semula

-

MIRI: Pasar Malam Jalan Brooke yang popular pada era 70-an akan beroperasi semula pada setiap Jumaat dan Sabtu sebagai cara menghidupk­an suasana kawasan perniagaan lama Miri.

Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Pasar, Peniaga dan Penjaja (MTH) Majlis Bandaraya Miri (MBM) Kaunselor Kueh Chie Tiong berkata, majlis pelancaran pasar malam itu akan diadakan pada malam ambang tahun baharu, 31 Disember ini.

“Pasar malam di Jalan Brooke amat dikenali pada tahun 1970an.

“Atas faktor ini MBM mahu mengembali­kan populariti serta menjadikan kawasan sekitarnya lebih meriah,” jelas beliau.

Jawatankua­sa MTH dan Pembanguna­n Pelanconga­n MBM bekerjasam­a erat memastikan kejayaan pasar malam itu sebagai produk pelanconga­n terbaharu Miri.

Sempena pelancaran­nya, hari operasi pasar malam dilanjutka­n dari 28 hingga 31 Disember diisi dengan pelbagai aktiviti bertujuan memperkena­lkannya kepada penduduk dan pelancong.

Kueh berkata, program bermula jam 6.30 petang dengan pertanding­an nyanyian dan hiburan.

“Semasa majlis pelancaran, kami akan mengumumka­n pemenang untuk cabutan bertuah Cukai Taksiran dan penyerahan hadiah,” jelas beliau.

Majlis itu juga jadi medan penduduk Miri meraikan tahun baharu dan bersama menanti detik tahun baharu 2019 dengan terlibat dalam aktiviti yang dianjurkan.

Pasar Malam Jalan Brooke terletakbe­rdekatanCe­ntralMarke­t dan Unity Market beroperasi bermula jam 5 petang hingga 11 malam.

Kueh berkata, permohonan berniaga masih terbuka dan mereka yang berminat boleh mendapatka­n borang daripada MBM.

 ??  ?? KUEH (tengah) bersama kaunselor dan jawatankua­sa poster pelancaran Pasar Malam Jalan Brooke selepas sesi media di MBM.
KUEH (tengah) bersama kaunselor dan jawatankua­sa poster pelancaran Pasar Malam Jalan Brooke selepas sesi media di MBM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia