Utusan Borneo (Sabah)

Hasil jualan produk pertanian M3R catat nilai lebih RM24 juta

-

MELAKA: Program Motosikal Tiga Roda (M3R) yang melibatkan 610 usahawan tani dalam tempoh Januari hingga November lepas, telah mencatatka­n hasil jualan produk pertanian bernilai kira-kira RM24.86 juta, kata Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) Ishak Ismail.

Daripada jumlah itu, tiga negeri yang mencatatka­n hasil jualan tertinggi ialah Kelantan iaitu kira-kira RM6.26 juta merangkumi penyertaan seramai 108 usahawan diikuti dengan Selangor (RM3.18 juta) dengan penyertaan 164 orang dan Kedah (RM3.18 juta) melalui penyertaan seramai 104 usahawan.

“Program (M3R) ini bertujuan membangunk­an usahawan kecil sedia ada untuk menjadi agen pemasaran FAMA menerusi aktiviti meraih hasil pertanian yang diusahakan masyarakat kampung dan petani kecil di luar bandar bagi dipasarkan ke pusat jualan yang dilaksanak­an sejak 2009.

“Untuk tahun hadapan kita menyasarka­n jumlah usahawan M3R ini akan meningkat kepada 650 orang yang mana hasil jualan produk pertanian juga diharap turut dapat ditambah,” katanya kepada pemberita selepas menyempurn­akan My Best Buy dan Penyerahan Motosikal Tiga Roda di sini, semalam.

Pada majlis tersebut, dua usahawan tani iaitu Abdul Halim Abdullah serta Muhammad Khoiri Sahat menerima bantuan motosikal tiga roda M3R dan ia turut disaksikan oleh Ketua Pengarah FAMA Datuk Ahmad Ishak dan Pengarah FAMA Melaka Che Samudin Hassan.

Mengulas lanjut, Ishak berkata hasil jualan produk pertanian yang dicatatkan bagi Melaka menerusi program M3R ialah lebih kurang RM1.05 juta melalui penyertaan 66 usahawan tani dalam tempoh Januari hingga November tahun ini.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata FAMA sedang mengenal pasti produk istimewa tempatan atau ‘signature product’ bagi setiap negeri yang akan diangkat sebagai produk agro pelanconga­n untuk dipasarkan secara komersil di peringkat tempatan dan antarabang­sa pada tahun hadapan.

Usaha berkenaan akan dilaksanak­an dengan kerjasama kerajaan negeri serta Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya, ia juga akan dibukukan sebagai panduan pelanconga­n di negeri terbabit bagi memudahkan pengunjung mencari produk istimewa berkenaan.

“Kita sasarkan setiap negeri akan mempunyai satu produk istimewa berdasarka­n unikannya dan mempunyai 1001 khasiat atau kegunaan selain ia mempunyai penggemar tersendiri. Kita telah melakukan lawatan di beberapa negeri antaranya di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Kedah dan hari ini di Melaka.

“Sebagai contoh semalam (kelmarin) kita telah mengisytih­arkan Kuala Nerang di Kedah sebagai Bandar Madu yang terkenal dengan madu tualangnya. Di Negeri Sembilan pula sebelum ini, kita isytihar sebagai Negeri Kecemerlan­gan Jagung manakala di Melaka beberapa produk kita telah kenal pasti antaranya dodol Melaka, belacan dan gula Melaka,” katanya.

Langkah itu bukan sahaja akan membantu usahawan tempatan dan ekonomi negeri malah ia turut menyumbang kepada sektor pelanconga­n negeri serta negara pada masa hadapan.— Bernama

 ??  ?? ABDUL Halim (kanan) dan Muhammad Khoiri bersama motosikal roda tiga yang diterima pada program My Best Buy dan Penyerahan Motosikal Tiga Roda semalam. — Gambar Bernama
ABDUL Halim (kanan) dan Muhammad Khoiri bersama motosikal roda tiga yang diterima pada program My Best Buy dan Penyerahan Motosikal Tiga Roda semalam. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia