Utusan Borneo (Sabah)

MoU buka pasaran pertama sarang burung walit Sabah ke China

-

SANDAKAN: Hakikatnya kini, industri sarang burung walit di Sabah telah menembusi pasaran yang lebih luas apabila berjaya mencapai piawaian dan standard tinggi yang ditetapkan antarabang­sa.

Dalam usaha menembusi pasaran burung walit ini secara lebih meluas, Pengarah Urusan AMG Advance Profitable Enterprise, Shamsudin Chinu berkata AMG Advance Profitable Enterprise bakal membangunk­an sebuah kilang lagi membersihk­an yang memiliki 1,000 orang pekerja, membina tambahan 3,000 unit rumah burung walit seluruh Sabah dan akan penghasila­n produk sarang burung walit.

“Majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) pertama dengan dua syarikat dari negara China yang diadakan pada 10 Disember lepas di Four Point Hotel, yang disaksikan oleh Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Dr. Daud Yusof bersama Pengarah Perkhidmat­an Veterinar Sabah Dr. Peter Lee A.K dan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah Pangiran Roslan Pangiran Nasrun telah membuka ruang pelaburan luas kepada negeri Sabah di peringkat antarabang­sa,” katanya.

Detik bersejarah pada Negeri Sabah, beliau telah menandatan­gani MoU dengan Pengerusi Quangxi ChinaMalay­sia Qinzhou Industrial Park Bird Nest Industrial Associatio­n, Simon Teo dan Pengarah Urusan AMG Advance Profitable Sdn Bhd juga wakil dari Negara China, Albert Yeoh.

Industri penternaka­n burung walit atau nama saintifikn­ya, ‘aerodramus fuciphagus’ untuk mendapatka­n sarangnya semakin popular di negara ini malah negeri Sabah juga tidak ketinggala­n terlibat dalam industri berkenaan.

Kerajaan negeri Sabah melalui Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan Sabah telah mengenalpa­sti bahawa pembanguna­n industri walit merupakan salah satu industri yangmenjad­ifokusutam­adalam pembanguna­n pertanian negeri Sabah dengan mensasarka­n pengeluara­n sarang burung walit (SRW) sebanyak 100 tan metrik setahun menjelang tahun 2023.

Pada ketika ini pengeluara­n sarang burung walit dianggarka­n sebanyak 50 tan metrik pada tahun 2017 atau bernilai RM200 juta.

Usaha-usaha untuk meningkatk­an pengeluara­n SBW di Sabah adalah menggalakk­an amalan pengurusan rumah burung walit yang baik dan membina lebih banyak rumah burung walit di seluruh negeri Sabah di tempat-tempat yang berpotensi besar dengan konsep usahasama dengan pihak pelabur asing.

AMG Advance Profitable Enterprise merupakan sebuah syarikat pertama di Sabah yang telah berjaya menjalin hubungan kerjasama dengan pihak syarikat dari negara China untuk membina 3,000 unit rumah burung walit di Sabah dan berjaya membina kilang primary processing Establishm­ent (PPE) untuk memproses Sarang burung Raw Unclean yang mematuhi serta memenuhi kehendak SOP pengekspor­tan sarang burung walit Raw Unclean ke negara China.

Kilang Memproses Sarang Burung Walit (gua dan rumah) Pre-Clean (Raw Meterial) AMG Advance Profitable Enterprise terletak di Pusat Perindustr­ian Majulah Jalan Batu Sapi, telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Dr. Haji Jaujan Haji Sambakong.

Shamsudin berkata AMG Advance Profitable Enterprise akan menjalini kerjasama dengan Universiti

SHAMSUDIN (kanan) bertukar dokumen MoU dengan Simon Teo sambil disaksikan oleh Dr. Daud.

Malaysia Sabah (UMS) bagi menghasilk­an pelbagai produk berasa sarang burung berkualiti melalui penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) seperti yang disarankan Kerajaan Negeri Sabah yang disampaika­n oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr. Haji Jaujan Haji Sambakong.

“Antara produk yang disarankan seperti produk kecantikan dan penjagaan kulit, makanan tambahan, ubat-ubat tradisiona­l Cina dan produkprod­uk kesihatan,” katanya.

Beliau menjelaska­n pihak syarikat akan mengadakan perbincang­an lanjut dengan pihak UMS di Sandakan mengenai saranan Kerajaan Negeri Sabah dibawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Haji Apdal.

“Kita menyahut saranan itu bagi membuka ruang pekerjaan yang lebih banyak kepada golongan belia Sabah agar memiliki pekerjaan sekaligus mengurangk­an penganggur­an,” katanya sambil menjelaska­n ini juga adalah hasratnya membuka syarikat bumiputera pertama untuk membuka ruang pekerjaan kepada anak-anak muda di Sabah.

Kilang Memproses Sarang Burung Walit (gua & rumah) Pre-Clean (Raw Meterial) AMG Advance Profitable Enterprise turut menerima kunjungan serta lawatan rasmi daripada isteri kepada Yang Dipertua Negeri Sabah Toh Puan Hajah Norlidah Datuk R.M. Jasni pada 9 Disember lepas bagi melihat sendiri cara memproses sarang burung walit sebelum dieksport ke negara China.

Semasa lawatan rasmi itu, Shamsudin telah memberi taklimat kepada Toh Puan Norlidah serta rombongan yang turut dihadiri oleh Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan Datuk Peter Hii Chang Lik dan wakil dari Negara China, Saimon Teo serta Albert Yeo.

Pada 10 Disember lepas juga, kilang ini juga turut dikunjungi oleh Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Dr. Daud Yusof bersama Pengarah Perkhidmat­an Veterinar Sabah Dr. Peter Lee A.K dan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah Pangiran Roslan Pangiran Nasrun dalam lawatan rasmi pihak Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan Sabah. - Oleh YUSOP TEPPO

 ??  ?? SHAMSUDIN bersama Albert Yeo menandatan­gani MoU sambil diperhatik­an oleh Dr. Daud, Dr. Peter Lee dan Pangiran Roslan.
SHAMSUDIN bersama Albert Yeo menandatan­gani MoU sambil diperhatik­an oleh Dr. Daud, Dr. Peter Lee dan Pangiran Roslan.
 ??  ?? SEBAHAGIAN pekerja bergambar bersama Norlidah serta tetamu khas dan Shamsudin.
SEBAHAGIAN pekerja bergambar bersama Norlidah serta tetamu khas dan Shamsudin.
 ??  ??
 ??  ?? NORLIDAH melihat sarang burung dibersihka­n sambil diiringi oleh Shamsudin, Simon Teo (dua kiri) dan Peter Hii (kanan).
NORLIDAH melihat sarang burung dibersihka­n sambil diiringi oleh Shamsudin, Simon Teo (dua kiri) dan Peter Hii (kanan).
 ??  ?? SHAMSUDIN memberi penerangan kepada Norlidah sambil diperhatik­an oleh Peter Hii.
SHAMSUDIN memberi penerangan kepada Norlidah sambil diperhatik­an oleh Peter Hii.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia