Utusan Borneo (Sabah)

Hari Keluarga JPN Labuan rapatkan warganya

-

Keluarga 2018 anjuran Kelab Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan berlangsun­g sederhana tetapi meriah.

Program yang telah diadakan di Taman Damai, Layang-Layangan itu dihadiri kira-kira 200 orang warga dan ahli keluarga Jabatan Pendidikan Labuan.

Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan, Raisin Saidin mengetuai aktiviti riadah dan senamrobik yang diadakan seawal jam 7.30 pagi.

Pelbagai aktviti menarik diadakan seperti acara sukaneka, pertanding­an mewarna kategori kanakkanak, pertanding­an memancing, futsal pantai, karaoke santai dan cabutan tiket bertuah.

Raisin merakamkan penghargaa­n kepada jawatankua­sa penganjur Kelab Pendidikan yang berjaya melaksanak­an program ini dengan baik.

Beliau yakin menerusi program Hari Keluarga itu mampu mengeratka­n hubungan baik yang sedia terjalin dalam kalangan warga Jabatan Pendidikan Labuan.

“Saya mengucapka­n terima kasih kepada warga Jabatan Pendidikan yang hadir bersama keluarga masing-masing dan turut serta dalam acara yang telah disusun atur,”katanya.

Malah katanya,

Hari Keluarga itu juga memberikan ruang dan peluang ahli keluarga berkenalan antara satu dengan yang lain.

Program diakhiri dengan penyampaia­n hadiah kepada para pemenang dan sesi gotong-royong membersihk­an kawasan aktiviti sehingga selesai pada pukul 1.30 petang.

 ??  ?? RAISIN (berdiri tengah baju merah) bersama warga Jabatan Pendidikan Labuan yang menjayakan Hari Keluarga 2018 anjuran Kelab Pendidikan,baru-baru ini.
RAISIN (berdiri tengah baju merah) bersama warga Jabatan Pendidikan Labuan yang menjayakan Hari Keluarga 2018 anjuran Kelab Pendidikan,baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia