Utusan Borneo (Sabah)

1,709 positif dadah

Dalam kalangan pelajar sekolah menengah di 178 kawasan berisiko tinggi

-

KAJANG: Seramai 1,709 pelajar sekolah menengah di 178 kawasan berisiko tinggi didapati positif dadah setakat Oktober, kata Ketua Pengarah AADK Datuk Seri Zulkifli Abdullah.

Beliau berkata kawasan berisiko tinggi di Sarawak, Kedah dan Kelantan merekodkan peratusan pelajar paling tinggi terlibat dengan penyalahgu­naan dadah.

“Seramai 41,741 pelajar dalam lingkungan 13 hingga 17 tahun di kawasan berisiko tinggi telah menjalani ujian saringan, daripada jumlah berkenaan 1,709 dikesan positif dadah. Kebanyakan mereka positif jenis dadah methamphet­amin,” katanya pada sidang media di sini pada Jumaat.

Dalam pada itu, beliau berkata selain menyasarka­n pelajar-pelajar sekolah, saringan turut dilakukan terhadap jabatan kerajaan dan swasta bagi mengesan mereka yang terlibat dalam penyalahgu­naan dadah.

“Pada tahun hadapan kita akan memperkasa lagi saringan itu bagi membantu dan membantera­s penggunaan dadah di tempat kerja. “Kita nak bantu mereka yang ada masalah, bukannya mencari salah seseorang. Di AADK sendiri kita telah laksana ujian saringan ini terhadap 2,841 kakitangan dan empat orang telah dikesan positif dadah,” katanya.

Menurutnya, kakitangan yang terlibat dengan penyalahgu­naan dadah akan diambil tindakan susulan mengikut undangunda­ng sedia ada.

Terdahulu, Zulkifli melancarka­n talian Hotline AADK 24 jam sebagai satu medium awal bagi orang awam melaporkan setiap isu berkaitan penyalahgu­naan dadah di kawasan masingmasi­ng selain mendapatka­n khidmat nasihat berkaitan rawatan dan pemulihan di fasiliti AADK.

Orang awam boleh menghubung­i talian 0389112233 atau 019-6262233 sekiranya memerlukan khidmat nasihat atau melaporkan aktiviti salah guna dadah. -Bernama

“Kawasan berisiko tinggi di Sarawak, Kedah dan Kelantan merekodkan peratusan pelajar paling tinggi terlibat dengan penyalahgu­naan ” dadah. DATUK SERI ZULKIFLI ABDULLAH Ketua Pengarah AADK

 ?? GambarBern­ama ?? ZULKIFLI melihat peta kawasan panas gejala dadah ketika Majlis Perasmian Pusat Gerakan Hotline Ibu Pejabat AADK pada Jumaat.
GambarBern­ama ZULKIFLI melihat peta kawasan panas gejala dadah ketika Majlis Perasmian Pusat Gerakan Hotline Ibu Pejabat AADK pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia