Utusan Borneo (Sabah)

Sarawak kini mempunyai bangunan pusat latihan ‘Silent Mentor’ pertama

-

KOTA SAMARAHAN: Sarawak kini mempunyai bangunan pusat latihan ‘Silent Mentor’ yang pertama di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian merasmikan pusat berkenaan sempena Persidanga­n ‘Academy for Silent Mentor’ (AFSM) 2018 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) baru-baru ini.

Penubuhan pusat berkenaan adalah hasil memorandum persefaham­an (MoU) ditandatan­gani antara UNIMAS dengan AFSM di Kuala Lumpur pada 23 Mac tahun lalu.

Ekoran MoU itu, ‘iSilent Mentor Programme’ dilancarka­n pada Mei 2017 di Kuching oleh AFSM dengan tujuan mempromosi­kan badan yang menyumbang untuk kemajuan pendidikan perubatan serta membantu memudahkan perkembang­an kemanusiaa­n dalam kalangan profesiona­l penjagaan kesihatan.

Pusat yang baharu dilancarka­n itu berperanan sebagai pelengkap kepada pusat latihan untuk pelajar perubatan dan kejurutera­an UNIMAS.

Sebagai tambahan, ia juga berperanan sebagai pusat sumber untuk anatomi dan kemahiran asas pembedahan serta model kemahiran insani kerana pelajar akan menjadi sukarelawa­n di pusat berkenaan.

Berhasrat untuk memupuk nilai-nilai kemanusian yang baik dan empati dalam kalangan pelajar perubatan dan kejururawa­tan di UNIMAS, yang diilhamkan oleh tindakan penderma tidak berperikem­anusiaan.

Pusat berkenaan juga akan menjadi tempat melatih kemahiran pembedahan pascasiswa­zah dan pembanguna­n klinikal lanjutan terutama untuk pengamal perubatan dan kesihatan.

Pembinaan bangunan sementara itu terdiri daripada tiga peti sejuk beku membolehka­n AFSM dan UNIMAS memulakan aktiviti mentor di negeri ini.

AFSM Sarawak kini mencari dana untuk membina pusat kekal yang dilengkapi kawasan bengkel dan dewan apresiasi di UNIMAS.

Hadir sama Pengerusi dan Pengarah Pengasas AFSM Profesor Dr Chin Kin Fah, Timbalan Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UNIMAS pengumpul-pengumpul dana awam pusat latihan itu, Datin Amar Kathryn Wee, Ong Ngok Shoon, Zhang Su Ling dan Chen Shyang Ren.

 ??  ?? DR Sim merasmikan bangunan Pusat Latihan ‘Silent Mentor’ di UNIMAS.
DR Sim merasmikan bangunan Pusat Latihan ‘Silent Mentor’ di UNIMAS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia