Utusan Borneo (Sabah)

JHL lancar operasi tangkap buaya bersama Felda Sahabat

Tangkap buaya bersama Felda Sahabat atasi ancaman

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Jabatan Hidupan Liar (JHL) Daerah Lahad Datu akan bekerjasam­a dengan pengurusan ladang Felda Sahabat di Tungku bagi mencari dan menangkap buaya dari terus mengancam nyawa.

Pegawainya Silvester Saimin berkata tindakan itu diambil susulan berlakunya kes seorang lagi mangsa dicederaka­n buaya di Felda Sahabat 25 pada Sabtu. SILVESTER SAIMIN Pegawai Jabatan Hidupan Liar

Menurutnya, tumpuan utama operasi di sekitar kawasan mangsa dicederaka­n dan perancanga­n akan datang menyusul bagi mengatasi masalah itu dari berulang.

“Tiga kakitangan jabatan telah bertindak pergi ke lokasi seterusnya memantau keadaan di sana.

“Tindakan seterusnya, operasi akan menyusul dengan kerjasama semua pihak termasuk pengurusan ladang,” katanya.

Pada kejadian Sabtu jam 1.45 petang, seorang isteri pekerja ladang meninggal dunia selepas mengalami cedera di bahagian kaki dibaham buaya ketika turun ke tebing sungai mencari sayur.

Mangsa, Marselina Oematan,dikatakan tibatiba disambar buaya namun sempat diselamatk­an jiran yang mendengar jeritannya meminta tolong.

Mangsa kemudian sempat dibawa ke sebuah klinik di

“Tumpuan utama operasi di sekitar kawasan mangsa dicederaka­n dan perancanga­n akan datang menyusul bagi mengatasi masalah itu dari berulang. ”

LOKASI mangsa dibaham buaya.

Cenderawas­ih untuk rawatan dan dirujuk ke Klinik Desa Kencana sebelum dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan namun mangsa meninggal dunia.

 ??  ?? MANGSA yang sempat diselamatk­an selepas kejadian.
MANGSA yang sempat diselamatk­an selepas kejadian.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia