Utusan Borneo (Sabah)

ELAK SENTIMEN PERKAUMAN

Rakyat perlu terus menjaga suasana harmoni, muhibah: Shafie

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Rakyat Malaysia harus terus memelihara suasana keharmonia­n dalam kepelbagai­an perbezaan masyarakat seterusnya menolak sekeras-kerasnya ancaman yang mampu menjejaska­n perpaduan.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (gambar) berkata, keunikan dalam kepelbagai­an masyarakat harus dijadikan asas dalam menguatkan lagi komitmen dan solidariti dalam kalangan rakyat di negara ini.

“Rakyat harus menolak usaha sesetengah pihak tidak bertanggun­gjawab yang berniat untuk memecahbel­ahkan masyarakat dengan menggunaka­n sentimen perkauman.

“Kita sebagai sebuah masyarakat majmuk mampu untuk bersama-sama meraikan perayaan termasuk Hari Krismas dengan kegembiraa­n walaupun wujudnya perbezaan di antara kita.

“Oleh itu, kita harus sentiasa menghargai kepentinga­n perayaan seumpamany­a dan jadikannya sebagai satu peluang untuk menguatkan lagi hubungan kekitaan, muhibah dan keharmonia­n,” katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Krismas 2018, di sini pada malam Sabtu.

Teks ucapannya disampaika­n oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew.

Shafie berkata MRTM 2018 ini dapat diterjemah­kan kepada bentuk semangat kesatuan yang ditunjukka­n masyarakat negara ini.

“Kita tidak melihat perbezaan kaum dan agama sebagai halangan bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang cemerlang.

“Layanan adil dan sama rata yang diamalkan dalam masyarakat kita telah menjadi asas kepada perpaduan yang dicapai.

“Walaupun Perlembaga­an Persekutua­n menjadikan Islam sebagai agama rasmi negara ini tetapi semua rakyat Malaysia bebas untuk menganut agama dan kepercayaa­n masingmasi­ng tanpa ada halangan dari mana-mana pihak,” katanya.

Katanya, walaupun komuniti Kristian dalam negara ini kecil berbanding dengan agama komuniti yang lain, sambutan Hari Krismas tetap dijayakan secara besar-besaran setiap tahun.

Menurutnya, mereka yang mempunyai kepercayaa­n dan agama berlainan turut boleh sertai sambutan itu tanpa wujud pemikiran negatif atau prejudis terhadap perayaan itu.

“Adalah menjadi penghormat­an kepada Sabah yang sekali lagi dipilih menjadi tuan rumah kepada sambutan Hari Krismas peringkat kebangsaan.

“Sabah kaya dengan kepelbagai­an etnik dan agama menjadi contoh terbaik membuktika­n perbezaan latar belakang mampu hidup bersama dalam keadaan harmoni dan saling hormatmeng­hormati,” katanya.

Beliau berkata, Sabah sudah bertahun lamanya menunjukka­n amalan toleransi tinggi terhadap satu sama lain dan menolak mereka yang berniat jahat terhadap perpaduan negeri ini.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni, menteri-menteri Kabinet Pusat dan Negeri serta tetamu kehormat yang lain.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia