Utusan Borneo (Sabah)

Masalah kekurangan bekalan air Hospital Beluran selesai

-

KOTA KINABALU: Masalah kekurangan bekalan air di Hospital Beluran kembali pulih sepenuhnya setelah paip di Loji Rawatan Air Muanad diperbaiki pada 26 Disember.

PengarahJa­batanAirNe­geri Sabah (JANS) Amarjit Singh berkata, masalah tekanan air yang rendah di Sandakan bertambah teruk apabila paip pengepam utama Loji Rawatan Air Muanad pecah pada 26 Disember lalu.

“Ia disebabkan kerosakan yang berlaku, pengeluara­n air berkurang dan pengepam juga gagal berfungsi untuk mengisi tiga tangki simpanan air utama yang kosong.

“Bagaimanap­un, pengeluara­n air kembali meningkat pada keesokan harinya setelah paip yang pecah itu dibaiki,” katanya ketika mengulas aduan orang awam tentang kekurangan bekalan air yang berlaku di Hospital Beluran pada Jumaat.

Beliau berkata, Jabatan Air Sandakan akan segera membekalka­n air ke hospital itu sebaik sahaja tangki simpanan air penuh.

Amarjit turut memberikan jaminan bahawa bekalan air di seluruh Sandakan akan dipulihkan secara berperingk­at.

Baru-baru ini, orang awam termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri Karanaan Datuk Masidi Manjun melalui laman Twitter (sic) memohon orang ramai termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menderma air mineral kepada Hospital Beluran berikutan bekalan air yang terputus.

Sementara itu, Pengarah Hospital Beluran Dr Sylvester Lajau berkata, isu bekalan air yang dihadapi sudah berlaku sejak sebulan lalu.

Katanya, pihaknya juga telah menerima notis yang memberitah­ubahawamas­alah gangguan bekalan air itu akan menjejaska­n seluruh daerah sehingga bulan Februari.

“Untuk hospital, usaha telah dilakukan dengan mengaktifk­an pelan kontinjens­i kami untuk membekalka­n bekalan air secara manual ke tangki hospital ini.

“Jumlah bekalan air ini hanya mencukupi penggunaan harian sahaja,” katanya.

Menurutnya, aduan itu dilakukan oleh kakitangan hospital memandangk­an tiada bekalan air disalurkan ke kuarters untuk kegunaan harian.

Sylvester turut menjelaska­n bahawa pihak hospital turut menerima sumbangan sebanyak20­0kotakairm­ineral daripada NGO pada Jumaat. Sumbangan itu digunakan sepenuhnya untuk pesakit dalam hospital berkenaan.

-Oleh YAP SIONG HAN

 ??  ?? AMARJIT
AMARJIT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia