Utusan Borneo (Sabah)

Sambut Tahun Baharu dengan kesyukuran

-

KOTA KINABALU: Dewan Ulama Pas Negeri Sabah (DUPNS) menyaranka­n agar semua pihak menyambut Tahun Baharu 2019 dengan majlis dan acara berbentuk kesyukuran.

Ketua DUPNS Ustaz Mustaqim Aling berkata berlalunya 2018 merupakan satu anugerah yang cukup besar dan bermakna. Pasti setiap orang telah melaluinya dengan pelbagai situasi.

“Kemungkina­n ada yang melaluinya dengan penuh ketenangan dan kegembiraa­n malah mungkin ada yang melaluinya dengan penuh dugaan dan cabaran.

“Apapun yang dilalui semuanya pasti memberi pengajaran. Masingmasi­ng mendapat pengalaman baharu dalam menempuh kehidupan mendatang,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata semua pihak sama ada perseorang­an atau mana-mana kumpulan dan institusi masyarakat mesti menzahirka­n rasa syukur atas segala nikmat yang didapati.

“Maklumat yang kami terima, masih ada majlis-majlis sambutan tahun baharu yang diadakan dengan pesta-pestaandan­hiburanmel­ampau. Saya kira sambutan seumpama ini tidak menggambar­kan nilai sebenar masyarakat kita. Percampura­n secara bebas sehingga larut malam boleh mengundang pelbagai masalah sosial dan keselamata­n,” katanya.

Di samping itu katanya, sambutan yang berlebihan juga pasti mengundang pembaziran.

Justeru beliau menyaranka­n lebih baik sambutan tahun baharu diadakan bersama keluarga atau dengan program-program berbentuk kesyukuran dan doa.

“Kita perlu memohon doa daripada Tuhan supaya negara kita dan negeri Sabah khususnya akan menjadi lebih makmur dan sentiasa selamat daripada apa-apa bencana,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia