Utusan Borneo (Sabah)

Lindungi alam sekitar

Lebih banyak hotel guna pakai konsep teknologi hijau

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Kini lebih ramai pengusaha hotel menerima pakai konsep teknologi hijau dalam usaha meningkatk­an perlindung­an terhadap alam sekitar.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew berkata, bergerak ke arah teknologi hijau adalah trend terkini dan ia adalah salah satu cara menyelamat­kan alam sekitar.

“Dua cara untuk ‘go green’ adalah mengurangk­an atau kitar semula sisa pepejal dan jimat tenaga,” katanya selepas menerima kunjungan hormat daripada Hilton Kota Kinabalu yang diketuai Pengurus Besarnya Linda Pecoraro.

Katanya, Hilton Kota Kinabalu adalah salah satu hotel lima bintang yang ada di negeri ini. Amalan teknologi hijau yang diguna pakai sangat dihargai.

Menurutnya, ia adalah satu amalan baik untuk melindungi alam semula jadi di negeri ini. Hotel di sekitar bandaraya ini juga digesa untuk mencontohi inisiatif yang diambil oleh Hilton Kota Kinabalu.

“Hotel ini juga kini telah mengharamk­an penggunaan penyedut minuman di semua rangkaiann­ya di seluruh dunia,” katanya.

Christina yang juga Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar turut gembirabah­awasemuaho­teldi Sabahgiatm­embantuker­ajaan mempromosi destinasid­estinasi pelanconga­n seperti Gunung Kinabalu, Taman Kinabalu, Poring Hot Spring, Taman Tunku Abdul Rahman, Pusat Pemulihan Orangutan Sepilok, MariMari Cultural Village dan Lok Kawi Wildlife Park.

“Dengan kedatangan lebih ramai pelancong pada tahuntahun akan datang, ia akan mewujudkan lebih banyak permintaan terhadap hotel lima bintang di sini.

“Saya berharap pelabur sedia ada dan yang berpotensi akan melabur dalam sektor perhotelan memandangk­an Sabah masih kekurangan bilik penginapan,” katanya.

Hadir sama dalam kunjungan hormat itu ialah Pengurus Besar Lembaga Pelanconga­n Sabah Suzaini Sabdin Ghani serta tetamu kehormat yang lain.

Dua cara untuk ‘go green’ adalah mengurangk­an atau kitar semula sisa pepejal dan jimat tenaga.

DATUK CHRISTINA LIEW Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? CHRISTINA (dua kiri) dan Linda (tiga kanan) bersama Suzaini (kiri) serta tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan.
CHRISTINA (dua kiri) dan Linda (tiga kanan) bersama Suzaini (kiri) serta tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia