Utusan Borneo (Sabah)

Respa Malaysia sampaikan sumbangan ikhlas kepada mangsa anggota terkorban

-

KOTA KINABALU: Persatuan Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (Respa) sekali lagi menziarahi keluarga Allahyarha­m Konstabel Zamiri Sinsian dengan menyampaik­an sumbangan ikhlas.

Mangsa yang bertugas di Balai Polis Travers Kuala Lumpur terkorban ketika menjalanka­n tugas apabila dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda pada 5 Disember lalu.

Pengerusi Respa Sabah Datuk Sulaiman Junaidi ketika mewakili Presiden Respa Malaysia Tan Sri Mohd Ismail Che Rus berkata, para ahli Respa bersedih dan bersimpati dengan kejadian malang yang menimpa keluarga mangsa.

Oleh yang demikian, satu sumbangan daripada ahliahli Respa Semenanjun­g telah diserahkan kepada ayah Allahyarha­m iaitu Sinsian Sinteh di rumah mereka, Kampung Daramakon, Ranau pada 27 Disember lepas.

“Sumbangan cek ini juga sebagai tanda penghargaa­n diatas perkhidmat­an dan sumbangan Allahyarha­m kepada pasukan polis dan negara,” katanya.

Hadir sama ketika penyerahan sumbangan itu ialah Timbalan Pengerusi Respa Sabah Sidin Abd Karim, Setiausaha Respa Sabah Kasim Salleh, Bendahari Respa Sabah Jim Tibok, Ahli Respa Sabah Starjan Singh dan Anup Singh.

Turut serta menyertai rombongan itu ialah Ketua Polis Ranau Deputi Superitend­an Mohd Shahrul Abdul Wahab, OCS IPD Ranau Sub Insp Manaf, Ketua Kampung Daramakon Sintang Akui serta tetamu kehormat lain.

SIONG HAN

-Oleh YAP

 ??  ?? SULAIMAN (lima kiri) menyampaik­an sumbangan kepada ayah mangsa.
SULAIMAN (lima kiri) menyampaik­an sumbangan kepada ayah mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia