Utusan Borneo (Sabah)

Operasi banteras kegiatan ‘Zero Tourism’ mulai tahun depan: Mohamaddin

-

KOTA KINABALU: Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya akan menjalanka­n operasi secara besar-besaran dalam usaha membantera­s kegiatan ‘Zero Tourism’ sekali gus menangani masalah itu daripada terus berleluasa di negara ini khususnya di Sabah mulai tahun depan.

Menterinya Datuk Mohamaddin Ketapi berkata langkah itu penting bagi memastikan pemain industri pelanconga­n tempatan mendapat manfaat selain perniagaan diusahakan termasuk hotel; rumah inap desa; dan restoran berjalan lancarsert­amenerimak­ehadiran serta tempahan pengunjung.

Menurutnya, kegiatan ‘Zero Tourism’ yang berlaku ketika ini dilihat menjejaska­n pengusahai­ndustripel­ancongan tempatan berikutan aktiviti serta pergerakan pelancong termasuk tempat penginapan dan restoran telah diatur serta ditentukan sendiri oleh ejen pelanconga­n dari luar.

“Kita akan mengambil tindakan tegas bagi menangani isu ‘Zero Tourism’ ini kerana kita mahu pemain industri tempatan dapat menjana pendapatan, dan sepatutnya tempahan termasuk hotel penginapan atau kemudahan bas seharusnya dibuat dalam negara kita, bukannya menerusi ejen pelanconga­n dari luar.

“Situasi itu akan menyebabka­npeniagate­mpatan tidak menerima pelancong kerana ejen pelanconga­n luar telah mengatur sendiri tempat tertentu untuk pelancong dari negara mereka yang datang ke sini,” katanya kepada pemberita selepas sesi temubual secara langsung menerusi radio SabahFM di sini, pada Sabtu.

Mohamaddin turut mengesa ejen pelanconga­n luar menjalin kerjasama dengan ejen pelanconga­n tempatan bagi memastikan kedua-dua pihak mendapat manfaat secara bersama, dan MOTAC sama sekali tidak membenarka­n ejen pelanconga­n luar memonopoli sektor pelanconga­n tempatan.

Sementara itu, Mohamaddin turut menepis dakwaan kononnya Sabah mengalami kekurangan pelancong dan menyifatka­n dakwaan itu tidak benar kerana statistik menunjukka­n seramai 3.15 juta pelancong melawat Sabah mulai Januari hingga Oktober tahun ini, iaitu peningkata­n +1.1 peratus berbanding sejuta pelancong dalam tempoh sama pada tahun lepas.

Terdahulu, dalam sesi temubual bersama radio SabahFM, Mohamaddin berkata, kementeria­nnya akan bekerjasam­a dengan Lembaga Pelanconga­n Sabah bagi memantapka­n lagi sektor pelanconga­n Sabah dengan memberi tumpuan produk pelanconga­n di Sandakan, Tawau, Lahad Datu dan Semporna.

Beliau berkata Sabah juga akan ditonjolka­n sebagai ‘Malaysia’s Favorite Destinatio­n’ dalam Pameran Pelanconga­n Persatuan Ejen Pelanconga­n dan Pengembara­an Malaysia (MATTA) pada Mac tahun depan bagi mempromosi­kan Sabah sebagai destinasi pelanconga­n utama bagi pasaran domestik. -Bernama

 ??  ?? MOHAMADDIN
MOHAMADDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia